Kebersihan Kediaman - Langkah Pertama Untuk Hidup Sihat!
  • 2708
  • 1
  • 0

Pembersihan rumah adalah satu bentuk cabaran bagi kebanyakan ibu-ibu yang bekerja. Jangan risau! Agih-agihkan tugasan mencuci mengikut bahagian-bahagian kediaman anda. Sekiranya anda tidak tahu di mana untuk bermula, di sini disediakan senarai semak pembersihan rumah dengan penyelesaian terbaik buat anda. 

 

Ruang Tamu dan Bilik Tidur

 

 

• Buangkan mana-mana barang yang tidak digunakan atau telah rosak, dan sedekahkan pakaian, alat permainan atau apa-apa barang yang masih elok.

• Lapkan setiap alat perhiasan serta sebarang permukaan seperti para, meja, almari dan meja solek dengan kain lembap.

• Bersihkan kipas siling dan papan suis dengan kain lembap (pastikan kain telah diperah dengan kering).

• Vakumkan permaidani, sofa, ambal dan celah-celah perabut. 

• Sapukan dan mopkan lantai sehingga benar-benar bersih.

• Bersihkan tingkap dan cermin, dan pastikan meja solek tidak semak dengan membuang barangan tidak perlu.

 

 

• Kemaskan katil dan tukarlah kain cadar, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal kepala dan sarung bantal peluk selalu.

 

 

• Cucikan langsir, sarung kusyen, alas meja, tuala mandi dan terendak lampu jika ianya kotor.

• Tukar dan cuci tuala pengelap sekerap mungkin.

 

Dapur

 

• Bersihkan tungku dapur dan permukaan kabinet dapur. Tanggalkan tudung ekzos dapur dan bersihkannya. Jangan lupa untuk mencuci kipas ekzos sekali.

• Cucikan peti sejuk sekerap yang diperlukan.

• Cucikan sinki bagi memastikan ia tidak tersumbat atau menjadi tempat pembiakan kuman.  

• Pintu dan tombol pintu kabinet perlu dilap bersih. Bersihkan tingkap, kesan minyak pada permukaan kaca dan sebarang percikan minyak pada jubin dinding.

• Peralatan dan kutleri mesti dicuci selepas digunakan. Lap kering sebelum disimpan di dalam ruang-ruang yang dikhususkan untuknya.

• Mopkan lantai selepas memasak.

• Buangkan sampah dan cucikan tong sampah. 

• Lapkan meja makan dan kerusi.

 

Bilik Air

 

t

• Cucikan dan nyahjangkitkan lantai, sinki, jubin dinding, mangkuk tandas (di dalam, di luar, di sekeliling dan di permukaan), pancuran mandi dan tab mandi sehingga benar-benar bersih. Pastikan bilik air sentiasa kering.

 

 

 

 

 

 

 

Comments (0)