Kekal 'dilindungi' dengan mandian tubuh anti-bakteria!
  • 1077
  • 0
  • 0

Ketika mandi, kita menggunakan mandian tubuh bagi menanggalkan kekotoran, jelaga, peluh, minyak berlebihan, dll. Namun bukan semua mandian tubuh adalah sama kerana ada juga yang tidak membasmi kuman dan bakteria yang melekap pada kulit. Terdapat kira-kira 10 juta bakteria pada setiap inci tubuh anda dan mereka menyebabkan bau, akne, ruam dan jangkitan pada kulit. Penggunaan mandian tubuh adalah kaedah berkesan untuk menolong pengekalan tubuh dan kulit yang bersih dan sihat!

 

 

APA yang terkandung di dalam Mandian Tubuh Anti-bakteria?

Bagi memahami bagaimana ia bertindak, anda perlu tahu apakah makna 'anti-bakteria'. Agen anti-bakteria adalah sekumpulan bahan yang menentang bakteria pathogen. Lantas, dengan membunuh atau mengurangkan aktiviti metabolik bakteria maka kesan patogeniknya pada persekitaran biologi akan turun merosot. Atau, dalam kata mudah: Sebatian yang membasmi bakteria atau menghentikan bakteria daripada membiak dan menyebabkan penyakit.

 

Oleh itu, menggunakan mandian tubuh dengan ciri anti-bakteria adalah kaedah berkesan untuk membersih dan melindungi kulit kerana secara amnya mandian tubuh anti-bakteria (juga dikenali sebagai anti-mikrob atau anti-septik) mengandungi bahan kimia yang bertujuan untuk membunuh bakteria. Ia membersihkan kulit dan mencegah daripada menjadi tempat pembiakan bagi organisma mikroskopik ini.

 

 

 

SIAPA perlukan Mandian Tubuh Anti-bakteria?

Ekoran daripada penularan pelbagai virus secara global pada tahun-tahun kebelakangan ini, tubuh dan persekitaran kita mungkin terdedah kepada pelbagai bahan berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit. Dengan menggunakan mandian tubuh anti-bakteria, ia menolong semua mencegah penularan kuman dan bakteria penyebab jangkitan.

 

Bagi mereka yang mengalami masalah bau badan, mandian tubuh anti-bakteria mungkin menolong untuk menyingkirkan bakteria penyebab bau yang menghuni kulit anda.

 

Mandian tubuh anti-bakteria juga bermanfaat buat pengendali makanan bagi mencegah penyebaran penyakit bawaan makanan.

 

Mandian tubuh anti-bakteria adalah pilihan sesuai buat anda yang menghargai kebersihan peribadi dan mahu mengekalkan keselamatan dan kesihatan keluarga anda.

 

 

Tidak perlu tercari-cari lagi…. PurelyZ Antibacterial Body Wash tersedia!

Selepas sesi bersenam di gim; selepas mengendalikan daging dan ikan mentah sejurus pulang dari pasar basah; sebelum menjaga ibu bapa yang sakit; sebelum mengasuh bayi, atau untuk kekal bersih dan segar di waktu pagi atau malam, manjakan diri dengan mandian PurelyZ Antibacterial Body Wash. Mandi adalah demi mengekalkan kebersihan, dan menggunakan mandian tubuh anti-bakteria merangsangkan lagi sesi mandian anda!

 

PurelyZ Antibacterial Body Wash mengandungi O-Cymen-5-ol ~ sejenis bahan kristal tanpa bau dan tanpa warna dengan ciri anti-bakteria. Ia menolong untuk merencatkan pertumbuhan mikroorganisme dan mencegah bauPurelyZ Antibacterial Body Wash diperkayakan dengan ekstrak halia dan aloe vera ~ diketahui kerana ciri antoksidan hebat yang berinteraksi dan meneutralkan radikal bebas. Disatukan dengan vitamin E, kesemua bahan-bahan ini menolong untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Kehadiran pelembab semula jadi daripada bijian jagung menawarkan penghidratan mendalam yang tahan lama kepada kulit. Diformulasi untuk membasmi 99.99% kuman dan bakteria berbahayaPurelyZ Antibacterial Body Wash tidak sahaja mengekalkan kebersihan tubuh dan kulit, ia turut mengekalkan bau 'bersih' pada tubuh anda dengan haruman yang menyenangkan dan menyegarkan! Dapatkan hari ini, dan jadikan rutin mandian anda menyegarkan setiap masa!

Comments (0)