Kembalikan keserian pada perkakasan logam di kediaman anda dengan Pencuci Logam ShineZap
  • 2577
  • 0
  • 0

Pelbagai peralatan logam di rumah seperti sudu keluli tahan karat, mangkuk aluminium, periuk besi, dulang loyang, dll memerlukan bahan berbeza-beza untuk mengekalkan keadaannya yang bersih dan selamat agar dapat terus digunakan untuk lebih lama. Ada peralatan yang mudah dibersihkan dan ada pula yang akan mengambil lebih masa dan tenaga untuk memeliharanya.  Ada juga peralatan yang memerlukan penjagaan minima sahaja untuk mengekalkan sinarnya, ada pula yang perlu digilap berulang-ulang kali untuk melihat hasilkan.  Mari kami tunjukkan bagaimana anda dapat melakukan kaedah pembersihan yang selamat, mudah dan pantas dalam 4 LANGKAH MUDAH dan semestinya menjadi pilihan yang lebih praktikal!



 

Dengan hanya 4 langkah yang amat mudah!

Langkah 1: Picit sedikit pada span

Langkah 2: Gosok lembut pada permukaan

Langkah 3: Bilas permukaan dengan air

Langkah 4: Lap dengan kain lembut yang kering



 

Pencuci Logam ShineZap dengan formulasi pembersihan yang selamat dan mudah diaplikasi ini boleh digunakan pada kebanyakan jenis logam untuk membantu anda mengembalikan keserian perkakasan keluli tahan karat, loyang, tembaga, besi dan perak di kediaman anda!

  • Hilangkan kotoran, kembalikan keserian
  • Versatil
  • Mudah digunakan
  • Formula pencucian selamat

*JANGAN guna pencuci logam pada permukaan berkemasan cermin yang sangat berkilat, kemasan krom atau logam baru.*

Gunalah Pencuci Logam ShineZAP daripada ZHULIAN yang dapat memudahkan tugas membersih dan menggilap di rumah anda. 


View Product Detail

Comments (0)