Kilauan warna putih, kuning dan ros menggoda daripada Koleksi Habiba ZHULIAN!
Saturday, October 15, 2022


Koleksi Habiba daripada ZHULIAN yang baru diperkenalkan ini akan menjadi tumpuan setiap mata yang melihatnya dengan barisan barangan kemas saduran emas ros yang terdiri daripada 3 kerongsang bertemakan bunga serta 1 kerongsang bagaikan bebulu merak yang memancarkan keindahan warna ros pudar, yang romantik dan syahdu. Setiap satu rekaan tersebut turut didatangkan dalam versi saduran rhodium yang tidak kurang menakjubkan. Rekaan klip kertas semakin menjadi kegemaran ramai sejak diperkenalkan terdahulu kerana penampilan yang bergaya dan moden. Melalui Koleksi Habiba kini, 2 lagi rekaan rantai tangan diperkenalkan, satu dilengkapi rantaian bertatahkan permata, manakala satu lagi menggabungkan separuh rantaian klip kertas yang disambung rantaian bertekstur potongan berlian, serta dimaniskan lagi bersama juntaian hati berukir tembus dengan 5 batuan CZ di dalamnya. Kedua-dua rantai tangan ini didatangkan juga dalam saiz kanak-kanak.

Sila klik ke halaman produk atau sila klik e-katalog untuk meneliti keanggunan setiap rekaan Koleksi Habiba.

Untuk mendapatkan mana-mana aksesori menakjubkan ini, sila klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.

Comments (0)