Kami amat berbesar hati mengumumkan pelancaran dua koleksi barangan kemas baru – Koleksi Tuah dan Koleksi Pesona Surya. Koleksi Tuah terdiri daripada 12 rekaan cincin bergaya khusus buat lelaki, yang diperbuat daripada teras perak 925 dan disaduri rhodium! Dihasilkan penuh ketelitian, semua cincin ini sesuai sebagai aksesori yang menyuntik kelas dan gaya dalam penampilan. Sementara itu, Koleksi Pesona Surya pula terdiri daripada satu set barangan kemas saduran emas yang menawan – loket, cincin dan gelang tangan bermotif bunga matahari yang kembang mekar dan ceria; serta dua utas kalung saduran emas dengan sebutir loket hati yang gebu, membuatkan penampilan anda kelihatan segar, yakin dan menawan.
Kedua-dua koleksi berciri sempurna untuk membangkitkan mood anda selain menyerlahkan gaya. Sama ada sebagai hadiah untuk diri sendiri mahupun sebagai pemberian kepada yang teristimewa di hati atau buat ibu bapa sempena Hari Ibu atau Hari Bapa, tentu sekali anda boleh memilih mana-mana satu atau lebih daripada kedua-dua koleksi ini.
Layarilah Webstore ZHULIAN atau kunjungi Agensi Bertauliah ZHULIAN hari ini untuk membuat pilihan!
Sila klik laman produk atau e-katalog untuk melihat setiap rekaan secara dekat.
Sila klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.