Kolostrum adalah cecair kaya nutrien yang dirembeskan daripada payu dara wanita atau mamalia betina sejurus selepas melahirkan, dan ia sarat dengan faktor imun dan faktor pertumbuhan. Kolostrum menolong perkembangan sistem imun anak yang baru dilahirkan. Ia mengandungi sejumlah besar komponen pelengkap yang bertindak sebagai agen antimikrob semula jadi bagi menstimulasi kematangan sistem imun bayi secara aktif. Oleh kerana kolostrum manusia terhasil dalam kuantiti yang sedikit sahaja, maka kolostrum bovin (lembu) yang menyerupai kolostrum manusia menjadi pilihan kerana ia juga kaya vitamin, mineral, karbohidrat dan protein spesifik. Bahkan kolostrum bovin didapati memiliki faktor penggalak imun yang lebih tinggi berbanding kolostrum manusia!
Apa perlunya KOLOSTRUM?
Secara asasnya, kita mengambil kolostrum kerana ia mengandungi antibodi (Imunoglobulin) yang dapat melindungi tubuh daripada bakteria, kulat, kulapuk dan virus, dll. Kolostrum juga diambil bagi merangsang sistem imun tubuh. Kandungan Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) yang terdapat di dalam kolostrum bertindak menstimulasi sistem imun yang lemah dan membantu untuk menyeimbangkan kembali sistem imun yang terlampau aktif. Dan, memandangkan PRP tidak spesifik kepada spesis tertentu maka PRP daripada bovin (lembu) membawa manfaat kepada semua mamalia, termasuklah manusia.
Apakah PRP?
Polipeptida Kaya-Prolin (PRP) telah dikaji meluas kerana kesan hebat modulasi imunnya yang pelbagai. PRP telah menunjukkan keupayaan melawan banyak jenis jangkitan serta membantu penyakit autoimun seperti alahan dan lelah – lantas memudahkan modulasi dan toleransi sistem imun kita.
PELBAGAI KELEBIHAN KOLOSTRUM, antaranya...
Mencegah alahan dan jangkitan - menolong untuk mencegah jangkitan di saluran gastrousus.
Menguatkan perut - mengandungi antibodi dan laktoferin yang menolong untuk menguatkan dan menyembuh lapisan gastrousus. Ia juga mencegah keadaan dikenali sebagai sindrom usus bocor.
Merangsang metabolisme - menolong untuk memperbaiki enzim hati dan toleransi glukosa sambil mengekalkan kadar metabolisme ke tahap normal.
Melegakan keradangan - tinggi kandungan Polipeptida Kaya-Prolin yang membantu untuk mengembalikan fungsi sel yang seimbang.
Berikan tubuh anda Faktor ABCD melalui Coloskim setiap hari!
Campuran Susu Skim Dan Kolostrum COLOSKIM adalah bebas kolesterol, dan mengandungi kalsium, vitamin D, vitamin B2, protein dan magnesium. Ia juga mengandungi faktor ABCD yang bertindak sinergi bagi menyokong sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat! Faktor ABCD ini berperanan seperti berikut:
Lindungi Kesihatan Anda Sekeluarga dengan Sistem Imun Yang Seimbang!