Manfaatkan Platform Media Sosial Untuk Mengembangkan Perniagaan ZHULIAN Anda
  • 427
  • 0
  • 0

Berdasarkan artikel Forbes baru-baru ini, industri jualan langsung tidak lagi terikat kepada cara penjualan tradisional yakni melalui hubungan peribadi. Hasil daripada tren platform media sosial yang semakin meningkat, ia telah membolehkan seseorang untuk menjual produk dengan mencipta dan berkongsi 'meme', menjemput rakan untuk melanggan suapan (feed) media sosial seseorang - tanpa perlu meninggalkan rumah. Ia telah membuka dunia jualan langsung kepada lebih banyak kemungkinan.

 

 

 

Oleh itu, penting untuk memanfaatkan kuasa media sosial sebagai alat bagi memacu perniagaan anda terus ke hadapan. Berikut adalah beberapa strategi untuk mengukuhkan keberkesanan media sosial:

 

 

 

Menjadi Diri Sendiri di Media Sosial

Berkongsi mengenai kehidupan anda, apa yang anda minat dan gemar lakukan akan menarik orang lain untuk 'follow' hantaran (post) anda. Ia juga mengizinkan pengikut online anda untuk lebih mengenali anda. Ini dikenali sebagai penjenamaan peribadi. Anda boleh membuat hantaran secara kerap mengenai kehidupan anda; apa yang anda lalui bagi menjalani gaya hidup sihat; destinasi-destinasi yang anda kunjungi melalui insentif yang ditawarkan oleh ZHULIAN.

 

 

 

Mempamerkan Pengalaman Produk Anda

Dengan mejelaskan bagaimana B'Young membantu anda kekal muda, bagaimana ColoSkim atau Iso.7 meningkatkan kesihatan anda, atau menunjukkan betapa cepat dan mudah rangkaian Xtra Wash atau GobblerZ membantu anda di rumah, anda serta-merta menjadikan khalayak anda lebih tertarik dengan produk ini. Tidak menghairankan sekiranya khalayak anda lebih berkemungkinan mempercayai nilai sesuatu produk itu kerana anda telah membina hubungan di atas kepercayaan mereka.

 

 

 

Menggunakan Saluran Media Sosial ZHULIAN Bagi Menyokong Media Sosial Anda

Platform media sosial ZHULIAN sendiri, seperti Facebook, YouTube dan Telegram, menyediakan kandungan yang boleh anda hantar semula (repost) untuk dikongsi dengan pengikut (followers) atau rakan-rakan dalam rangkaian sosial anda. Pilih kandungan kegemaran anda daripada saluran media sosial ZHULIAN lalu kongsilah hantaran tersebut untuk menarik Downline dan pelanggan anda serta prospek dan suspek.

 

  

 

Memperuntukkan Masa Anda

Jadikan satu kebiasaan dengan memperuntukkan sekitar 10 ke 15 minit setiap pagi dan petang untuk membaca hantaran Facebook atau berita terkini dalam halaman Facebook atau laman web Syarikat, untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang perkembangan terkini Syarikat. Pada masa yang sama, jadikan sebagai rutin untuk membuat hantaran mengenai gaya hidup, produk dan perniagaan anda secara konsisten untuk menarik pengikut dan rakan dalam rangkaian media sosial anda. Dengan penetapan sebegini, mereka akan tahu bila masa yang sesuai untuk log masuk bagi melihat atau menonton hantaran anda, lantas ia tentu akan mengeratkan hubungan di kalangan ahli dalam rangkaian anda.

 

  

 

Siarkan Testimoni dan Tinjauan Semula Para Pelanggan Anda

Salah satu cara paling berkesan untuk membina keyakinan dan kebolehpercayaan terhadap jenama anda adalah dengan menggalakkan para pelanggan yang telah berpuas hati untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Dengan mempamerkan kandungan yang dijana oleh pengguna dan maklumbalas positif, anda tidak hanya mengukuhkan suara para pelanggan yang gembira bahkan turut memberikan kepada bakal pembeli lain pendapat yang sahih mengenai kualiti produk atau perkhidmatan anda. Testimoni sebegini berfungsi sebagai sokongan mantap yang dapat mempengaruhi keputusan pembelian secara jelas, menolong untuk memberikan reputasi yang positif bagi perniagaan anda dan menarik lebih ramai pelanggan baru.

 

  

 

Platform media sosial telah mengubah perniagaan jualan langsung kepada peluang yang julung-julung kali berlaku sebelum ini untuk mencipta rangkaian perniagaan. Dengan memahami khalayak anda, mencipta kandungan yang menarik dan memupuk hubungan yang bermakna, anda boleh memanfaatkan media sosial dengan berkesan dan melonjakkan perniagaan anda ke tahap baru.

 

 

Comments (0)