Melangkah Ke Usia Emas Dengan Penuh Keanggunan…
  • 2383
  • 0
  • 0

Anda sedar atau tidak perubahan yang berkaitan setiap tahap peningkatan usia anda? 

 

 

 

Anda memerlukan kaca mata untuk membaca surat khabar harian; mudah bagi anda menambahkan berat badan tetapi sukar pula menurunkannya; anda mudah penat, walau sekadar menyiram pokok bunga di halaman rumah sebentar sahaja. Kelak, kemungkinan anda tidak dapat lagi mendengar perbualan anak-anak yang duduk hanya bertentangan anda di meja makan. Dan semakin tahun berlalu, semakin kerap anda terlupa bermacam-macam hal.

 

 

 

Dengan peningkatan usia, terdapat beberapa keadaan berkaitan usia yang akan kita alami.  Ada yang mengancam nyawa, ada yang akan mempengaruhi kualiti kehidupan yang dinikmati dan ada juga yang dapat diatasi dengan menukar gaya hidup dan mengambil ubat atau suplemen setiap hari. Tidak kira apa jua usia anda, seharusnya anda tidak bertangguh untuk menjaga kesihatan anda, sepertimana peribahasa ~ “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Tambahkan pemakanan harian anda dengan rangkaian produk bernutrisi ZHULIAN agar anda dapat menikmati tubuh dan minda yang lebih sihat di sepanjang laluan menuju usia emas!  

 

 

 

GreenLex I-Complex

Diformulasi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan bagi penglihatan yang sihat.  Kandungan pelbagai ekstrak piawai dengan sejumlah fitokimia mungkin membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan kemerosotan penglihatan yang berkaitan peningkatan usia. 

 

 

 

GreenLex Memo Complex

Mengandungi ramuan yang diketahui dapat memperbaiki peredaran darah. Aliran darah yang lancar ke otak berkemungkinan dapat membantu bagi meningkatkan pemikiran dan memori.  Bagus bagi memelihara kesihatan serta sesuai bagi golongan berusia untuk mencegah penyakit yang disebabkan usia tua seperti demensia dan Alzheimer.

 

 

 

GreenLex Organic Spirulina

Sumber yang kaya fitonutrien. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien dan unsur surih penting. Ia juga kaya kandungan protein yang mengandungi pelbagai asid amino dan asid gamma-linolik (GLA) penting, iaitu sejenis asid lemak perlu di dalam nutrisi manusia. Spirulina diketahui dapat menolong untuk meningkatkan prestasi tenaga tubuh.

 

 

GreenLex MonaCol

Formulasinya terdiri daripada beras yis merah yang diperbuat daripada yis (Semen Monascus Purpureus) yang tumbuh pada beras. Kajian mencadangkan bahawa pengambilan beras yis merah secara kerap berkemungkinan dapat menolong untuk mengurangkan lipoprotein berkepadatan rendah - LDL (low density lipoprotein) atau kolesterol “tidak baik” demi kesihatan kardiovaskular.

 

 

RoyallMix KP

Formulasi berasaskan soya yang tinggi kalsium untuk memelihara kesihatan tulang dan membantu mencegah osteoporosis. Ia juga mengandungi pemancar saraf asetilkolina yang meningkatkan hubungan aktif sel-sel otak.

 

 

ColoSkim

Diformulasi istimewa bukan sahaja untuk merangsang sistem imun yang kurang aktif, bahkan menolong mengimbangkan sistem imun yang terlampau aktif. Kandungan antibodi, polipeptida pengimbang imun dan faktor pertumbuhan menolong untuk melindungi daripada jangkitan dan menyokong pemulihan tisu.

 

 

ISO.7

Tinggi kandungan antioksidan dan bersifat anti-keradangan yang memelihara kesihatan tisu dan organ, selain melindungi daripada risiko penyakit berkaitan usia.

 

 

IsoF'rm

(produk tambahan untuk wanita)

Diformulasi istimewa bukan sahaja untuk merangsang sistem imun yang kurang aktif, bahkan menolong mengimbangkan sistem imun yang terlampau aktif. Kandungan antibodi, polipeptida pengimbang imun dan faktor pertumbuhan menolong untuk melindungi daripada jangkitan dan menyokong pemulihan tisu.

Comments (0)