ZHULIAN menyingkap satu lagi karya barangan kemas terkini yang terbaik melalui Koleksi Nona Kelly yang dihasilkan sempurna buat penggemar aksesori luar biasa masa kini!
Koleksi Nona Kelly adalah simfoni kecanggihan dan inspirasi klasik dengan tarikan barangan kemas saduran emas yang terdiri daripada 2 bentuk cincin, 2 gelang tangan, 2 loket besar, 2 rantai kaki, 1 rantai leher unik dan 4 subang yang kesemuanya jelas menggambarkan keindahan rekaan tiada tandingan.
Bagi yang mendambakan perhiasan ringkas dengan sedikit percikan kilauan, gayakanlah gelang tangan, subang dan cincin gaya minimalis yang bertatahkan cubic zirconia. Atau jika penampilan glamor yang sarat kerlipan mewah menjadi kegemaran anda, berhiaslah dengan subang, gelang tangan, rantai dan cincin berkilauan yang ditawarkan. Bagi menyuntik keindahan dalam setiap langkah, gayakan 2 pilihan rantai kaki yang berhias sekeping juntaian hati comel dan sebiji loceng. Mana jua yang menawan hati anda, Koleksi Nona Kelly sudah pasti memenuhi setiap gaya anda!
Semua rekaan menakjubkan ini tersedia di Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda! Hadiahkan buat diri anda atau berikan kejutan buat insan tersayang keanggunan Koleksi Nona Kelly! Sila klik laman produk atau e-katalog untuk melihat Koleksi ini.
Klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.