MENEMUI PENJANAKUASA ANTI-PENUAAN!
  • 1413
  • 0
  • 0

Radikal bebas adalah penyebab utama penuaan dan penyakit kronik. Radikal bebas bukanlah sejenis penyakit tetapi ia adalah satu petanda ancaman bagi masalah kesihatan yang akan dialami kelak. Serangan kronik radikal bebas terhadap sel menyebabkan kemerosotan tisu dan fungsi organ dan akhirnya kemerosotan keseluruhan sistem tubuh. Proses inilah yang mempercepatkan penuaan dan menjadi faktor utama yang menyebabkan penyakit kronik. Peranan antioksidan adalah untuk mencegah dan mengawal pengoksidaan sebelum ia menjurus kepada kerosakan lanjut di dalam tubuh kita.

 

MEMAHAMI KONSEP ISO.7 vs B’YOUNG

 

 

B’YOUNG ~ Pendekatan Menyeluruh

B’YOUNG adalah pakej lengkap produk yang membekalkan kebaikan anti-penuaan yang bersepadu lagi menyeluruh. Menggunakan konsep 3 R (release-singkir, relax-rehat dan revive-pulih), rangkaian produk ini menawarkan kebaikan kesihatan untuk jangkamasa pendek dan panjang seperti meningkatkan fungsi organ, melindungi dari penyakit kronik utama, memberikan kesihatan penglihatan dan mental, melegakan stres, mengekalkan kesihatan gastrousus dan mencuci tubuh, menguatkan pertahanan anti-oksidan dan fungsi imun. Pengambilan B’YOUNG yang kerap secara berdisiplin memberikan peluang kepada kita untuk mengekalkan keremajaan lebih lama selain melambatkan tercetusnya penyakit degeneratif.

 

 

ISO.7 ~ PRODUK PAKAR

Berbeza dengan B’YOUNG, ISO.7 adalah produk khusus yang bertujuan melindungi dan memulihkan sistem tubuh.

Satu sachet ISO.7 membekalkan lebih daripada 3,500 µmol TE/g antioksidan. Ia dicapai melalui penggunaan beberapa “buah-buahan super” seperti elderberi, anggur hitam, kranberi dan acerola di dalam formulasinya. Kekuatan ini dipertingkatkan lagi dengan menggunakan ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

 

GABUNGAN B’YOUNG DAN ISO.7

Dengan menggabungkan pengambilan ISO.7 dan B’YOUNG, para pengguna memperolehi kebaikan anti-penuaan yang sungguh menakjubkan dengan perlindungan dan pemulihan sistem tubuh daripada penyakit kronik. Kombinasi ini amat memberikan kebaikan kepada individu dengan keadaan kesihatan terkompromi. Individu-individu ini adalah termasuk yang aktif dan sering mengalami stres; golongan yang tidak mengambil makanan berkhasiat dan seimbang untuk kira-kira 5 tahun lepas; semua perokok dan perokok sekunder, tanpa mengira umur; mereka yang kerap meminum arak dan yang gemarkan makanan bergoreng; penduduk bandar yang terdedah kepada pencemaran udara dan air; mereka yang berisiko mengidap penyakit kronik yang berkaitan serangan radikal bebas dan keradangan, penyakit kardiovaskular dan strok, kemerosotan organ dan sistem serta semua jenis kanser; individu yang mengalami sindrom metabolik, yakni tahap lipid dan kolesterol darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, paras gula darah tidak normal, arthritis, berat berlebihan dan obes dan juga golongan lanjut usia.

 

 

Gabungan kesan B’YOUNG dan ISO.7

Gabungan kesan B’YOUNG dan ISO.7 memberikan “halangan berganda” bagi faktor penuaan dan penyakit kronik daripada menyerang dan mengganggu sistem tubuh.

 

Pengambilan antioksidan secukupnya dapat membantu pengguna menua secara sihat, mengekalkan kecerdasan dengan peningkatan usia dan menyingkirkan risiko penyakit berkaitan usia. Pengambilan harian ISO.7 serta B’YOUNG memberikan kombo antioksidan dengan nilai ORAC sekurang-kurangnya 11,500 µmol TE/g, iaitu dua kali ganda pengambilan antioksidan harian yang disyorkan (5,000 µmol TE/g). Ia adalah resepi terbaik untuk aktiviti anti-penuaan yang intensif.

Comments (0)