MENGAPA ANDA BERWANGI-WANGIAN SETIAP HARI?
  • 5874
  • 1
  • 0

Siapa tidak sukakan bau-bauan yang memikat? Produk haruman telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sehinggakan ramai yang rasa tidak yakin untuk melangkah ke luar rumah jika tidak memakainya terlebih dahulu. Ia menolong untuk menghilangkan bau badan serta memastikan kita berbau wangi sepanjang hari. Namun, haruman yang dikenakan bukan lagi sekadar untuk berwangi-wangian bahkan terdapat kebaikan di sebaliknya.

 

Merangsang Mood

Bau yang bersesuaian mampu untuk membangkitkan semangat.

 

Meningkatkan Keyakinan

Sepertimana sepasang baju yang cantik, pemakaian haruman dapat merangsang keyakinan anda untuk berdepan dengan orang lain.

 

Menjadi Daya Penarik

Anda semestinya akan lebih tertarik dan lebih mudah mendekati seseorang yang mempunyai bau yang menyenangkan berbanding seseorang yang berbau busuk.

 

Afrodisiak / Membangkitkan Nafsu

Haruman tertentu mengandungi feromon iaitu bersifat pembangkit nafsu. Ia adalah penyebab mengapa anda mungkin tertarik kepada pasangan anda melalui baunya.

 

Membantu Memelihara Kesihatan

Tiada bukti saintifik mengenai kemujaraban haruman sebagai perangsang kesihatan, namun bau-bauan mampu meningkatkan mood, lantas menghindarkan tekanan dan keresahan.

 

Mencetus Memori

Haruman dapat menggamit kenangan manis. Kita seringkali mengaitkan haruman tertentu bagi situasi tertentu, misalnya haruman yang dapat mengimbau kenangan bersama ibu semasa kecil, atau keseronokan yang dirasai semasa melancong bersama pasangan.

 

Aromaterapi

Haruman berupaya mencetus manfaat melegakan dan menenangkan, lantas membantu untuk merendahkan tahap stres.

 

Membantu Tidur Lebih Baik

Bau yang memasuki rongga hidung juga dapat membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.

 

Melegakan Sakit Kepala

Hebat bukan? Ia membantu untuk memberikan kesan terapiutik yang hebat. Memakai haruman dapat menolong untuk melegakan sakit kepala.

 

Sesungguhnya haruman tidak sekadar memberikan anda bau yang menyenangkan, bahkan ia dapat membantu anda rasa lebih selesa dengan merangsang deria bau serta minda anda. ZHULIAN turut menyediakan pilihan haruman yang tersendiri. Dapatkan segera haruman yang mempesona serta tahan lama ~ Midassa Eau De Parfum atau Zafora Eau De Parfum daripada ZHULIAN di: http://www.zhulian.com.my/fragrances

Comments (0)