Menyambut Aidilfitri dengan Suntikan Cahaya Kemilau Nan Indah Bersama Barangan Kemas Fesyen ZHULIAN
Hari Raya Aidilfitri adalah masa meriangkan serta masa untuk memperagakan pakaian yang terbaik. Sama ada berhimpun bersama keluarga, menghadiri kenduri atau menziarahi sanak-saudara dan rakan taulan, melangkahlah dengan yakin dan bergaya dengan fesyen yang menyerlah. Salah satu caranya adalah dengan memakai barangan kemas bersama pakaian raya anda. Kalung, loket dan kerongsang, mahupun rantai tangan dan cincin, terdapat beraneka pilihan untuk anda menyuntik glamor kepada penampilan anda.
Rekaan Klasik Tradisional Tidak Pernah Canggung
Rekaan barangan kemas klasik tradisional disanjung tinggi kerana keanggunannya serta tidak lapuk ditelan zaman. Rekaan sebegini seringkali berasaskan motif bunga-bungaan, dengan pertukangan berkerawang dan ukiran yang halus, serta ditaburi batu-batuan bergemerlapan. Ia versatil dan boleh digayakan dengan pelbagai busana, sama ada pakaian tradisional mahupun pakaian formal barat. Keanggunan rekaan barangan kemas klasik tidak mungkin ketinggalan masa, bahkan rekaan sebegini wajib dipakai semasa perayaan istimewa bagi mengindahkan lagi pakaian tradisional atau etnik moden seperti baju kebaya atau baju kurung.
Rekaan Penyata Penyerlah Diri
Salah satu trend barangan kemas bagi musim perayaan ini adalah penggayaan aksesori penyata. Barangan kemas yang besar, tebal dan memukau pandangan boleh merubah sebarang pakaian kepada penampilan yang memukau. Rantai penyata yang tebal misalnya boleh merubah sepasang baju kurung yang ringkas dan polos menjadi menawan; sebutir kerongsang bersinar boleh membuatkan sehelai tudung menyerlah dan sofistikated. Apabila memilih aksesori penyata, ambillah yang bertatahkan CZ berkilauan atau batuan sintetik berwarna.
Suai-padan Untuk Gaya Unik Tersendiri
Memakai beberapa barangan kemas sekaligus akan mempamerkan gaya yang unik lagi berseri. Anda boleh memakai beberapa rantai leher, rantai tangan bahkan subang, dengan menyuaipadankan beberapa gaya, kepanjangannya serta warnanya. Jika memilih untuk memakai berlapis, pastikan keseluruhan penampilan kelihatan seimbang dan tidak terlampau sarat.
Kecantikan Menyerlah dalam Kesederhanaan
Bagi mengetengahkan penampilan yang sederhana tetapi anggun, pakailah barangan kemas yang halus dan kecil. Barangan kemas sebegini sesuai buat mereka yang gemarkan gaya minimalis. Sebutir loket ringkas bersama seutas rantai panjang, seutas rantai tangan halus atau sebutir kerongsang comel sudah cukup menyuntik sedikit kilauan pada gaya anda tanpa perlu berlebih-lebih.
Suntikan Rona Menawan
Jika anda berpakaian polos yang gelap, serikanlah dengan aksesori berbatu warna-warni bagi memeriahkan lagi koleksi barangan kemas perayaan anda. Sama ada batu-batuan CZ zamrud, delima, nilam dan topaz, terdapat berbagai-bagai pilihan. Memakai barangan kemas bertatahkan permata berwarna akan menyuntik warna dan menyerlahkan penampilan anda.
Cincin Sebagai Aksesori Wajib
Akhir sekali, jangan lupakan perhiasan di jari anda! Cincin adalah aksesori terbaik untuk tampil glamour. Pilihlah cincin yang besar dan ranggi untuk mencuri perhatian, atau beberapa baris cincin ringkas untuk tampil sederhana.
Barangan kemas membantu menyerikan penampilan untuk gaya glamour di musim perayaan ini. Apa jua pilihan anda, sama ada sebiji aksesori penyata atau berlapis-lapis, halus atau berwarna-warni, ZHULIAN ada kesemuanya! Melangkahlah dengan aksesori yang pelbagai dan tinggalkan pandangan berkekalan buat semua pada Lebaran ini!
Sila klik laman produk atau e-katalog untuk melihat rekaan terkini yang telah dilancarkan.
Sila klik https://www.zhulian.com.my/jewellery untuk melihat aneka rekaan barangan kemas ZHULIAN.
Sila klik http://bit.ly/ZHULIANDistributionCentre-DistrictAgent untuk menghubungi Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran anda.