Menyasarkan keperluan spesifik demi kesejahteraan tubuh anda!
  • 2731
  • 0
  • 0

Sama ada untuk kesihatan mata, otak, hati, kardiovaskular atau kesejehateraan keseluruhan, mahupun kesihatan umum wanita dan lelaki, pastinya terdapat satu suplemen GreenLex yang memenuhi keperluan anda.  Pilihlah satu atau lebih daripada rangkaian GreenLex untuk membantu anda menikmati kehidupan yang lebih baik!

 

GreenLex Organic Spirulina 

Suplemen yang Kaya Nutrien 

Diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar.  Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium.  Spirulina juga kaya protein yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.




 

GreenLex I-Complex 

Diformulasi untuk Mata Yang Sihat 

Diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat.  Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.




 

GreenLex Memo Complex 

Formulasi Tradisional untuk Kesihatan Am

Formulasi ini terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah.  Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.




 

GreenLex MonaCol 

Diformulasi Bagi Menjaga Kesihatan Tubuh

Formulasi GreenLex MonaCol terdiri daripada beras yis merah yang diperbuat daripada yis (Semen Monascus Purpureus) yang tumbuh pada beras.  Beras yis merah merupakan suplemen tradisional cina yang dimakan bagi meningkatkan tahap kesihatan tubuh.  Secara semula jadinya, ia mengandungi beberapa sebatian yang dikenali sebagai monakolin, yang baik untuk tubuh badan.




 

GreenLex Natto-K 

Digunakan Secara Tradisional Bagi Memelihara Tubuh Yang Sihat

GreenLex Natto-K diformulasi dengan kacang soya organik terpilih yang difermentasikan melalui proses bio-teknologi moden dengan strain Bacillus subtilis nattoSetiap kapsul mengandungi 100 mg (bersamaan 20,000 FU) Ekstrak Kacang Soya difermentasikan.




 

GreenLex ManjaLady 

Diformulasi Khas untuk Wanita

GreenLex ManjaLady adalah formulasi ekstrak-ekstrak yang diperolehi daripada Ubi Bidadari Putih, Manjakani dan Kacip Fatimah yang sarat dengan isoflavon yang menyokong keseimbangan kesihatan wanita.  Unsur tersebut bermanfaat bagi wanita selepas bersalin.




 

GreenLex MenCare 

Diformulasi Khas untuk Lelaki

Formulasi GreenLex MenCare terdiri daripada ekstrak-ekstrak yang berasal daripada saw palmetto (Fructus Serenoa repens) dan biji bunga flax (Semen Linum usitatissimum).  Sifat antioksidanya bermanfaat bagi melindungi dan mengekalkan kesihatan fungsian badan.


Bantu kesejahteraan tubuh anda sekeluarga melalui amalan pengambilan rangkaian produk GreenLex. 
Dapatkan maklumat lanjut mengenai GreenLex di:

View Product Detail

Comments (0)