COLOSKIM menggabungkan susu skim berkualiti premium dengan peptida kolostrum serta mineral-mineral susu, menjadikannya minuman berkhasiat yang tinggi kandungan nutrien, mineral dan vitamin seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, protein dan magnesium serta sumber faktor imun dan faktor pertumbuhan yang baik. Formulasi unik ini membekalkan Faktor ABCD yang bertindak secara sinergi bagi menyokong sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat.
A Mempercepatkan pertumbuhan dan pembaikan
Faktor pertumbuhan yang tersedia di dalam COLOSKIM terdiri daripada faktor pertumbuhan insulin (Jenis 1 dan Jenis 2), faktor pertumbuhan berasaskan platelet, faktor pertumbuhan epidermal, faktor pertumbuhan platelet fibroblast, faktor pertumbuhan transformasi α dan β serta faktor pertumbuhan saraf. Faktor-faktor pertumbuhan ini membantu untuk menstimulasi pertumbuhan dan pembezaan sel mamalia.
Contohnya, peningkatan pertumbuhan dan pusing ganti usus memberikan perut yang lebih sihat, lantas meningkatkan pengambilan nutrien, prestasi imunoglobulin dan pertumbuhan otot. Selain ini, kulit, tulang, tulang rawan dan tisu tercedera lainnya akan memperolehi kebaikan melalui pertumbuhan dan pemulihan luka. Ia juga memainkan peranan penting bagi pertahanan tubuh daripada jangkitan respiratori (seperti influenza dan rinitis).
Sebahagian daripada faktor pertumbuhan ini menstimulasi pengambilan glukosa oleh sel serta sintesis glikogen, protein, RNA, DNA, lipid dan percambahan sel. Peningkatan kepekaan insulin bagi sel disebabkan oleh penurunan glukosa darah, kolesterol dan lipid yang menyumbang kepada kesejahteraan menyeluruh.
B Mempercepatkan pertumbuhan dan pembaikan
Di dalam COLOSKIM faktor imunologi disumbangkan oleh kumpulan imunoglobulin atau protein Ig (IgG, IgM, IgA, IgD dan IgE) dengan spektrum perlindungan yang besar terhadap pelbagai bakteria dan virus.
Apabila imunoglobulin menyatukan tindakannya dengan laktoferin, transferin dan laktoperoksidase tiosianat, hasilnya adalah tambahan sistem pertahanan 3-rintangan yang perlu dihadapi oleh bakteria dan virus bagi mencetuskan jangkitan.
C Mengkoordinasi sistem pertahanan
PRP adalah peptida isyarat. Molekul ini mengatur serangan ke atas bendasing sambil memastikan sistem imun tidak terlalu aktif dan menyerang diri sendiri. PRP meningkatkan sistem imun yang berkesan dengan mengaktifkan fungsi imun maksimum ketika diserang jangkitan dan mengurangkan tahap fungsinya apabila jangkitan telah terkawal. Ia dapat mengurangkan risiko serangan auto-imun terhadap tubuh, dan memastikan sistem imun yang seimbang.
Memandangkan PRP adalah pelopor sitokin (sebatian anti-keradangan), peptida ini juga berguna sebagai agen anti-keradangan.
D Menghantar nutrien penting demi kesejahteraan tubuh
COLOSKIM memiliki kandungan kalsium, fosforus, kalium, vitamin D, vitamin B2, protein dan magnesium tinggi yang membantu memupuk kesihatan umum serta pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Minumlah 2 sachet COLOSKIM setiap hari untuk sistem imun yang seimbang dan kesihatan yang lebih baik!