Merangsang Imuniti Dengan Antioksidan
  • 2641
  • 0
  • 0

Kaedah terbaik menentang penyakit adalah merangsang sistem imun anda dengan memperbanyakkan penentang radikal bebas – antioksidan! 

 

Anda terdedah kepada amat banyak kuman – bakteria dan virus serta radikal bebas yang berbahaya kepada kesihatan tubuh anda setiap hari. Satu-satunya pertahanan anda daripadanya ialah sistem imun anda – perisai kompleks yang dapat melindungi anda. Malang sekali, imuniti anda kian lemah dengan peningkatan usia anda dan menjadi semakin lemah apabila dihinggap penyakit. Sebenarnya, tubuh anda tetap menghasilkan kuantiti sel imum yang sama seperti dahulu. Namun, sel tersebut tidak lagi dapat bertindak sehebat dahulu kerana telah menjadi mangsa kerosakan radikal bebas. Gangguan radikal bebas terhadap metabolisme sel adalah salah satu daripada faktor penyebab penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis dan barah. Oleh yang demikian, kaedah terbaik menentang penyakit adalah merangsang sistem imun anda dengan memperbanyakkan penentang radikal bebas – antioksidan! 

 

 

 

Apa itu antioksidan?

Antioksidan adalah sejenis kumpulan bahan fitokimia berlainan yang boleh ditemui secara semula jadi di dalam sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Antioksidan juga disintesis di dalam tubuh kita. Ia meningkatkan kesihatan secara umum dengan melawan radikal bebas. Radikal bebas yang dapat menguasai antioksidan di dalam tubuh akan melambatkan sistem imun. Jika tahap radikal bebas di dalam sel imun melebihi tahap normal, ia akan menjejaskan sistem imun tersebut. Lalu anda akan lebih mudah terkena jangkitan virus atau dihinggapi penyakit. Antioksidan dipercayai mempunyai kesan perangsang imuniti kerana ia memainkan peranan penting di dalam tubuh kita seperti metabolisme sel, transduksi isyarat, pengaktifan gen dan transkripsi.

 

 

 

Makanan semula jadi selaku sumber antioksidan

Pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin penuh, legum dan herba adalah sumber yang kaya dengan antioksidan semula jadi. Kebaikan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh berbanding suplemen antioksidan adalah kandungan kepelbagaian antioksidan semula jadi. Kombinasi beberapa antioksidan memberikan manfaat kesihatan yang lebih menakjubkan berbanding pengambilan antioksidan secara berasingan.

Senarai Makanan yang Berfaedah kepada Kesihatan

Sayur-sayuran berdaun hijau

Pemakanan yang kaya dengan bayam, kailan, daun ubi bit dan salad romaine bagus untuk kesihatan usus serta melindungi kesihatan jantung dan mata anda.

Tomato

Likopena yang terkandung di dalam tomato membantu mengekalkan kesihatan tulang dan mengawalaturkan tekanan darah. Tomato juga memberikan perlindungi daripada barah dan mencegah penyakit jantung.

Sayur Berkelopak

Brokoli, kubis, kubis brussel dan bunga kubis juga mencegah daripada pembentukan barah selain meningkatkan enzim penyahtoksikan tubuh anda.

Sayur-sayuran berwarna jingga

Lobak merah, ubi keledek dan labu membekalkan vitamin A dan Beta Karotena yang penting bagi pertumbuhan yang sihat, sistem imun yang kuat dan penglihatan yang normal.

Bawang besar dan bawang putih

Makanan ini tinggi dengan vitamin C, selenium, kalium dan kromium serta membantu menentang penyakit seperti arthritis, penyakit jantung, kencing manis dan barah tertentu.

Beri

Beri hitam, beri biru, kranberi, strawberi dan raspberi adalah sumber yang bagus bagi vitamin C, serat dan antioksidan untuk melindungi daripada degenerasi makular, pelbagai barah dan kemerosotan sel otak.

Buah-buahan sitrus

Limau gedang, oren, tangerin dan lemon membantu tubuh anda menyingkir sebatian toksik dan melindungi daripada barah dan strok, serta membina sistem ketahanan tubuh.

Bijirin penuh

Makanan ini termasuklah gandum penuh, beras perang, oatmil dan biji gandum penuh yang menolong melindungi jantung, mengurangkan keradangan dan melawan penyakit kencing manis.

Ikan dan makanan laut

Salmon, char, hadok, udang, trout pelangi dan sardin menpunyai kandungan minyak ikan omega-3 yang tinggi bagi melindungi otak, jantung dan tekanan darah.

Makanan berasaskan legum, cendawan dan soya

Kacang hitam, kacang soya, kacang pis, cendawan dan tofu yang rendah kandungan lemaknya dan tinggi kandungan proteinnya membantu menentang penyakit jantung dan barah prostat.

 

 

 

Tingkatkan Kesihatan Anda dengan Suplemen Berkesan Yang Merangsang Imuniti dari ZHULIAN

ISO.7 ~ Produk Pakar Antioksidan yang diformulasi dengan campuran sinergi ekstrak pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang melindungi dan memulihkan kesihatan anda!

1 sachet ISO.7 (3,500 unit ORAC) > 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran (2,500 unit ORAC)

*ORAC iaitu Oxygen Radical Absorbance Capacity atau Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen adalah ukuran kekuatan antioksidan makanan.

 

 

 

B’YOUNG ~ diformulasi khas dengan kira-kira 60 ramuan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran yang memberikan anda kebaikan optimum pelopor melatonin, antioksidan dan rangkaian nutrien premium bagi menyingkirkan toksik, merehatkan dan memulihkan tubuh anda.

 

 

 

Nutrilex Vitamin C 250 mg (Perisa Oren) ~ Rangsanglah imuniti anda dengan kebaikan vitamin C!

Comments (0)