Anda sekeluarga disarankan mengambil Campuran Susu Skim Dan Kolostrum Coloskim setiap hari kerana semakin tinggi kerisauan kita terhadap penularan wabak berbahaya, semakin penting untuk kita berikhtiar mempertingkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit!
Uniknya ColoSkim adalah kepekatan tinggi modulator antibodi dan imun semula jadinya!
Polipeptida Kaya-Prolin (PRP)
Memodulasi sistem imun ~ menstimulasi sistem imun yang lemah dan membantu untuk menyeimbangkan kembali sistem imun yang terlampau aktif.
Imunoglobulin (IgA, IgD, IgE, IgG1, IgG2 dan IgM)
Membantu sistem imun mengenalpasti dan menyingkirkan bakteria dan toksin daripada tubuh.
Faktor Pertumbuhan (GF)
Mengandungi faktor pertumbuhan insulin (Jenis 1 dan Jenis 2), faktor pertumbuhan berasaskan platelet, faktor pertumbuhan epidermal, faktor pertumbuhan platelet fibroblast, faktor pertumbuhan transformasi α dan β serta faktor pertumbuhan saraf.
Laktoferin (LF)
Mencegah pembiakan spesis bakteria berbahaya dan meningkatkan tindakbalas sistem imun.
Leptin
Merencatkan enzim penghasil lemak, mengurangkan sintesis sel lemak, sambil meningkatkan pembakaran lemak pada sel otot.
Transferin
Merencatkan bakteria patogen usus.
Laktoperoksidase Tiosianat
Agen anti-mikrob.
Vitamin & Mineral
Vitamin D ~ Bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus,
Vitamin B2 (Riboflavin) ~ Bagi pembebasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
Kalsium ~ Membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
Magnesium ~ Menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
ColoSkim menawarkan sinergi faktor ABCD yang berkesan mengawalatur sistem imun ke tahap optimum
Melalui formulasinya yang sarat dengan pelbagai nutrien terutamanya PRP, faktor-faktor imun dan pertumbuhan serta pelbagai vitamin dan mineral, Coloskim menawarkan faktor ABCD yang yang bertindak secara sinergi bagi menyokong dan menyelaras sistem imun serta pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat.
FAKTOR A: Accelerates / Mempercepatkan
pertumbuhan dan pembaikan bahagian tubuh penting bagi meningkatkan prestasi dan fungsi imun.
FAKTOR B: Boosts / Merangsang
sistem imun untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kurang sihat secara lebih baik.
FAKTOR C: Coordinates / Mengkoordinasi
sistem pertahanan bagi memastikan mekanisme yang seimbang.
FAKTOR D: Delivers / Menghantar
nutrien penting demi kesejahteraan tubuh.
COLOSKIM sesuai diminum oleh semua peringkat usia, baik tua mahupun muda, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Ia bertindak sebagai modulator imun yang amat berkesan untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga!