Panduan Penjagaan Sasherra Body Shaper agar ia bertahan lebih lama!
  • 2101
  • 0
  • 0

Setelah anda memiliki Sasherra Body Shaper, pasti anda ingin memastikan 'pelaburan' anda ini adalah berbaloi, dan kekal berfungsi dengan baik untuk satu jangka masa yang lama. Di sini kami sediakan panduan agar anda berupaya memelihara prestasi dan bentuk suit Sasherra Body Shaper kesayangan anda!


 

CUCI [Jangan lupa untuk menterbalikkan bahagian dalam Sasherra anda ke luar!]

Cuci sebelum digunakan buat pertama kali

  • Cuci bagi membuang sisa-sisa serbuk bio-seramik yang tertinggal semasa proses rawatan fabriknya.
  • Cuci bagi menghilangkan debu, alergen dan bakteria kerana produk ini dikendalikan oleh pelbagai pihak melalui pelbagai proses pembungkusan dan penghantaran produk sebelum sampai ke tangan anda.


 

Cucian Tangan Sahaja

  • Cuci Sasherra dengan tangan, menggunakan detergen lembut dan air di bawah suhu 40°C.
  • Gosok perlahan di bahagian-bahagian yang terdapat kotoran peluh atau bau, seperti sekitar bukaan ketiak dan kelangkang!
  • Bilas dengan baik.


Jangan

Jangan dicuci kering.

Jangan menggunakan air panas, peluntur atau penanggal kotoran yang terlalu kasar dan mungkin merosakkan kekenyalan fabrik.

Jangan dicuci menggunakan mesin basuh.

 


KERING

Titis Kering Sahaja

  • Selepas dicuci, gantunglah ia melalui penyangkut baju, atau di rak pengering baju ataupun ampaian, dan biarkan ia kering ditiup angin.

     

     


Jangan

JANGAN menggantung Sasherra pada tali bahunya. Memandangkan Sasherra masih basah dan berat, tali bahu mungkin akan teregang akibat menampung berat berlebihan.

Jangan menggantung di bawah sinar matahari ataupun berhampiran sumber haba kerana ia akan menyebabkan pengecutan pada benang jahitan dan tatahan bio-seramik.

Jangan menggunakan mesin pengering.

Jangan diseterika!

 

 


ANDA PERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA

Meskipun Sasherra mudah dicuci dan dikeringkan, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 helai supaya dapat diselang-selikan penggunaannya setiap hari.

 

Setelah mula memakainya, anda pasti tidak mahu lagi tidak memakainya!  Pakailah Sasherra setiap hari dan rasa lebih percaya diri!

 

Sila rujuk pada arahan penjagaan sepertimana yang disediakan bersama bungkusan asal.

 



Comments (0)