PELINDUNG TILAM… KEPERLUAN ATAU OPTIONAL?
  • 949
  • 0
  • 0

 

Ibarat membalut kulit sebuah buku yang baru dibeli…buku kekal terpelihara seperti baru agar boleh terus digunakan lebih lama. Demikianlah juga sekiranya anda menggunakan selapis 'pelindung' untuk menutupi tilam yang digunakan sehari-hari. Menggunakan pelindung tilam bukan sahaja dapat melindungi tilam yang mungkin bernilai mencecah ribuan ringgit, bahkan ia mampu membuatkan tidur anda lebih sihat dan sejahtera.

 

 

Secara lazimnya, manusia kehilangan 30,000-40,000 sel kulit mati setiap minit. Cubalah anda bayangkan jumlah sel kulit mati yang tertanggal semalaman di atas tilam untuk tidur. Sel-sel halus ini menjadi makanan kepada hama yang terdapat di atas tilam anda, kemudian ia membuang najisnya sendiri di atas tilam anda. Seterusnya, malam-malam berikutnya anda akan kembali juga tidur di atas cadar yang masih boleh ditembusi hama serta permukaan tilam yang mempunyai segala sel kulit mati, keruping kulit kepala, hama yang telah mati, bahan buangannya, dll.

 

Hama dan bahan buangannya bersama cecair tubuh menyumbang kepada reaksi alahan seperti mata berair, bersin, batuk, kegatalan kulit, lelah dan sebagainya. Oleh sebab itulah sesungguhnya penggunaan pelindung tilam adalah penting, terutamanya bagi mereka yang sedia ada sensitif terhadap alergen!

 

 

Apakah Antara KEPENTINGAN Pelindung Tilam Buat Anda?

 

 

 

Menghalang Cecair, Mengurangkan Kelembapan dan Kesan Kotoran

Pada asasnya, pelindung tilam digunakan bagi mencegah cecair dan lembapan serta kekotoran (dan bau!) pada tilam. Anda hanya perlu menanggalkannya daripada tilam anda untuk dicuci dengan mesin basuh jika terkena cecair tubuh seperti air peluh, air kencing, muntah dan sebagainya.

 

Pelindung tilam wajib digunakan sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang terlantar sakit mahupun anak yang masih kecil supaya mudah bagi anda mengekalkan kebersihan dan kesegaran tilam mereka setiap masa.

 

 

 

Mencegah dan Melindungi Daripada Hama dan Alergen

Jika dilitup pada tilam yang telah digunakan, lapisan ini membantu anda mengelakkan kontak langsung kepada hama, alergen atau apa jua ancaman-ancaman seni yang telah terkumpul sekian lama pada tilam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

 

Jika digunakan pada tilam yang baru pula, pelindung tilam dengan fungsi kalis air dan telap udara mampu mengurangkan simptom alahan secara menghalang pembiakan hama, kulapuk, bakteria dan kuman di dalam tilam.

 

 

 

 

Menyediakan Selapis Keselesaan

Penggunaan pelindung tilam menyediakan satu lapisan tambahan yang selamat dan selesa melalui permukaan fabrik yang telap udara, bersih, lembut dan teguh.

 

 

 

 

Memudahkan Tugas Mengekalkan Kebersihan Permukaan Tidur

Oleh kerana pelindung tilam boleh ditanggalkan dan dicuci dengan mudah dari masa ke masa, anda tidak lagi perlu bersusah payah mengangkat tilam dan mencari ruang untuk tugas mencuci mahupun menjemur! Dan, ia juga menyenangkan anda membendung alahan daripada melarat dengan mengekalkan permukaan tidur yang lebih bersih, selamat dan sihat untuk anda sekeluarga.

 

 

 

 

Melanjutkan Jangka Hayat Tilam

Tidak kira sama ada digunakan pada tilam lama atau baru, penggunaan pelindung tilam dapat melanjutkan jangka hayat tilam anda untuk lebih lama lagi kerana ia menjadi benteng yang menghalang tumpahan cecair atau bahan cecair pencuci (jika anda perlu mencuci kotoran pada permukaan tilam!) daripada meresap masuk ke dalam tilam yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada struktur dan bahan dalaman tilam.

 

 

 

 

Ramai yang mengambil mudah mengenai penggunaan pelindung tilam sedangkan menggunakan tilam tanpa pelindung bagaikan mendedahkan diri anda kepada masalah kesihatan saban malam. Kebiasaan menggunakan pelindung tilam memastikan anda sentiasa menyediakan permukaan tidur yang bersih dan selamat buat keluarga anda.

 

Pelindung Tilam Premium WILLORRA yang telah direka khas oleh ZHULIAN berupaya memberikan anda ketenangan minda, tanpa kerisauan untuk berbaring lebih lama di atas tilam anda.

Comments (0)