Pencuci Tangan Antibakteria vs. Sabun Biasa: Yang Mana Satu Terbaik Buat Anda?
  • 4975
  • 2
  • 2

Anda tidak pasti sama ada pencuci tangan antibakteria atau sabun biasa lebih baik untuk memenuhi keperluan anda?

Terdapat beberapa soalan yang harus anda tanyakan pada diri sendiri yang mungkin dapat menolong anda membuat pembelian!




S1 – Anda menggunakannya untuk apa?

Sekiranya untuk mencuci tangan secara biasa, mana-mana satu pun adalah pilihan yang baik selagi anda tahu bagaimana mencuci tangan dengan teliti.

Jika anda menggunakan sabun untuk melindungi tangan anda daripada kuman dan bakteria maka pencuci tangan antibakteria adalah pilihan yang lebih baik kerana ia lebih berkesan.



 

S2 – Adakah anda mahukan ketenteraman daripada kerisauan?

Tabiat mencuci tangan adalah antara faktor yang mungkin mempengaruhi pilihan anda.  Mereka yang mempunyai tabiat mencuci tangan yang baik akan berupaya membersihkan tangan mereka dengan hanya menggunakan sabun biasa.

Namun, bagi anak-anak kecil dan mereka yang tidak teliti ketika mencuci tangan, pencuci tangan antibakteria dapat meredakan kebimbangan kerana pencuci tangan sebegini tidak perlu "bertungkus lumus" untuk membunuh bakteria dan kuman.




S3 – Adakah pencuci tangan antibakteria lebih berkesan menyingkirkan bakteria dan kuman?

Pencuci tangan antibakteria (juga dikenali sebagai antimikrob atau antiseptik) adalah sebarang produk pencuci dengan tambahan kandungan antimikrob yang tidak terdapat di dalam sabun biasa.

Ramai di kalangan kita menggunakan produk antibakteria bagi mengurangkan risiko terhadap penyakit atau mengurangkan penyebaran kuman dan bakteria kepada orang lain – namun adakah ia benar-benar lebih berkesan membunuh "makhluk jahat" berbanding sabun biasa? 

Mari kita lihat apakah kata pakar…

#1…

Satu ulasan penyelidikan 2011 yang diterbitkan di dalam Journal of Food Protection menemui sabun antibakteria lebih berkesan menyingkirkan patogen berbanding sabun biasa.  Ia juga mencadangkan kandungan antibakteria pada sabun tertentu mungkin mempunyai ciri-ciri pembunuh virus.

#2…

Menurut Dr. Adam Friedman, seorang profesor dan pengerusi interim dermatologi di George Washington University, kandungan antimikrob pada sabun tangan menghasilkan tindakan kimia positif yang mengikat kepada dan mungkin menggugat lapisan luar pelindung bagi zarah virus dan kuman lain, dan ia adalah elemen tambahan yang tidak dimiliki sabun biasa.




S4 – Adakah sabun antibakteria memberikan implikasi terhadap kesihatan?

Pada tahun 2016, FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat) mengharamkan 19 bahan kimia yang ditemui di dalam sabun antibakteria yang dibeli di kaunter, termasuk triclosan (agen antibakteria dan antikulat yang digunakan di dalam sabun cecair) dan triclocarban (yang digunakan di dalam sabun buku) kerana bahan kimia tersebut menyebabkan masalah kesihatan seperti ketahanan bakteria dan gangguan hormon. 

Keputusan FDA ini tidak hanya mengharamkan triclosan.  Dari masa ke masa, 18 bahan kimia lain turut diharamkan.  Berikut adalah senarai penuhnya:

  1. Cloflucarban
  2. Fluorosalan
  3. Hexachlorophene
  4. Hexylresorcinol
  5. Iodine complex (ammonium ether sulfate dan polyoxyethylene sorbitan monolaurate)
  6. Iodine complex (phosphate ester daripada alkylaryloxy polyethylene glycol)
  7. Nonylphenoxypoly (ethyleneoxy) ethanoliodine
  8. Poloxamer-iodine complex
  9. Povidone-iodine 5% ke 10%
  10. Undecoylium chloride iodine complex
  11. Methylbenzethonium chloride
  12. Phenol (melebihi 1.5%)
  13. Phenol (kurang 1.5%) 16
  14. Secondary amyltricresols
  15. Sodium oxychlorosene
  16. Tribromsalan
  17. Triclocarban
  18. Triclosan
  19. Triple dye

Bagi mengelak kesan sampingan bahan kimia tersebut, semaklah label pencuci tangan antibakteria bagi memastikan bahan kimia tersebut tidak tersenarai di dalam kandungan pencuci tangan antibakteria yang ingin anda beli.  Pilihlah pencuci tangan antibakteria dengan formulasi tanpa kandungan triclosan dan bahan kimia lain yang diharamkan oleh FDA. 

Anda disarankan untuk mendapatkan Pencuci Tangan Antibakteria PurelyZ yang diformulasi dengan ramuan yang dipilih teliti dan berupaya menyingkirkan sehingga 99.9% kuman dan bakteria.

Comments (2)
Yeszz..very good
12/2/2020 9:18 AM
Yeszz..very good handdsanitizer zhulian
12/2/2020 9:19 AM