Penyelesaian Bagi UDARA yang Lebih BERSIH, Lebih SEGAR dan Lebih SIHAT!
  • 5529
  • 0
  • 0

Lazimnya, kebanyakan masa kita diluangkan di dalam bangunan yang bertutup, sama ada ketika bekerja mahupun ketika di rumah.  Bagi memastikan udara yang dihirup adalah berkualiti terbaik, kita harus memastikan ruang pejabat atau kediaman yang diduduki sentiasa dalam keadaan bersih bagi mecegah pengumpulan pencemar-pencemar berbahaya.  Pendedahan kepada bahan-bahan pencemar seperti asap rokok, karbon monoksida dan nitrogen oksida, bahan kimia organik serta agen biologi seperti bakteria, kulat, kulit dan bulu haiwan peliharaan, dll berpotensi mengancam kesihatan kita.  Ruang dengan pengudaraan yang baik adalah ideal di mana udara segar masuk ke dalam dan membawa keluar udara dalaman yang lembap dan berbau.  Namun, dengan keadaan udara luaran masa kini yang semakin tercemar, kemasukan udaran luaran juga mungkin tidak membantu!

 

 

Kini ANDA dan KELUARGA boleh menikmati UDARA DALAMAN yang lebih bersih, segar dan sihat dengan menggunakan BEYOND MICROPLASMA Air Purifier!  BEYOND MICROPLASMA Air Purifier menggunakan kombinasi sistem penapisan udara pelbagai-tahap dan Teknologi Ion Microplasma BEYOND, yang menawarkan anda pelbagai ciri yang menakjubkan!  Ia berupaya menyingkirkan asap tembakau, debunga, kulapuk, bakteria, bau, bahan kimia, mikroorganisma dan bermacam-macam pencemar di dalam udara sehingga sekecil 0.3 mikron

 

BERAPAKAH SAIZ 0.3 MIKRON?

Satu mikron adalah ukuran panjang yang bersamaan satu per sejuta daripada satu meter.

 


 

 

1  Tahap Penapisan Udara:

Pra-penapis Boleh Cuci

  • Lapisan pertama yang mengawal alergen bersaiz besar.
  • Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang besar dan kecil.
  • Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.

 

 

 

 

 

 

 

       
 

2  Tahap Penstrerilan Udara:

 Penapis Nano Perak dengan Tindakan Pensterilan-Sendiri dan Titanium Dioksida

  • Memberi tindakan berkuasa anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus.
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan bakteria, virus, spora kulapuk dan kulat.
  • Menyingkirkan debunga.
  • Nano Perak berupaya mencegah perambatan kulat dan kulapuk di dalam udara serta bakteria daripada membiak pada penapis.
  • Titanium Dioksida berkesan menyingkirkan bau, bakteria dan sebatian organik terurai.
 
 

3  Tahap Peneutralan Bau / Udara:

Penapis Karbon Bergranul Teraktif

  • Mempunyai daya lekatan fizikal yang paling tahan lama dan kuat atau isipadu keliangan jerapan tertinggi berbanding material lain.
  • Mengandungi berbilion liang bersaiz-mikro untuk menyingkirkan bau kuat, zarahan udara dan pelbagai bahan kimia bawaan udara.
  • Berkesan menentang zarah bersaiz-mikro seperti asap tembakau, gas, dll.

 

 

 

 

 

4  Tahap Penulenan Udara:

Penapis True-HEPA

  • Dibangunkan di Amerika Syarikat untuk perlindungan daripada debu radioaktif bawaan udara.
  • Berkecekapan menyekat zarah udara pada kadar sehingga 99.97%.
  • Penapisan mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah asap, debu, debunga dan semua alergen di udara yang melalui penapis.
  • Penapis piawai yang digunakan di dalam keadaan bilik bersih, perubatan dan makmal yang terkawal.
  • Kapasiti penulenan udara berkuasa untuk udara yang paling tulen dan bersih.
 

 

Teknologi Ion Miroplasma BEYOND

Teknologi Ion Mikroplasma BEYOND adalah sistem teknologi penulenan udara revolusioner yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih yang terkawal secara mikro-komputer.  Penjana ini beroperasi dengan menjana aliran tetap ion hidrogen dan oksigen dari molekul oksigen dan air di dalam udara.

 

1. Atom Hidrogen di dalam udara menjadi ion positif dan atom oksigen menjadi ion negatif.    Untuk penstabilan, H+ dan O- akan berpaut kepada molekul air (wap air) dan membentuk gugusan.  Gugusan Ion Mikroplasma ini bergerak mencari pasangan untuk bertaut.

 

2. Gugusan Ion Mikroplasma menyerang dan mengepung virus, bakteria, bau dan zarahan bawaan udara.

 

3. Gugusan Ion Mikroplasma membentuk radikal Hidroksil yang mengekstrak hidrogen daripada zarahan udara yang berbahaya.

 

4. Zarahan udara yang berbahaya (virus, bakteria, bau, dll) dineutralkan serta bertukar menjadi tidak aktif dan tidak berbahaya.

 

 

Ciri-ciri Menakjubkan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER 

Ciri Serba Boleh, Rekaan Estetik

Berkesan, praktikal, tahan lasak,        mampu-dimiliki, versatil. 

 

 

 

Fungsi kawalan jauh

Mempunyai Alat Kawalan Jauh  yang senang dikendalikan untuk pengoperasian dan kawalan mudah.

 

 

Pengesan-bau Pintar

Direkacipta untuk mengesan sekumin kepekatan pencemar.  Ia mengawal secara automatik Penjana Ion Mikroplasma untuk menyingkirkan pencemar udara yang mengganggu secara berkesan.

 

 

 

 

Penunjuk servis / penggantian penapis automatik

Penunjuk servis / penggantian penapis automatik akan menyala bagi menunjukkan perlunya servis atau penggantian penapis, memberikan penyelenggaraan optimum dan kecekapan pengoperasian tertinggi.

 

 

 

Jangka hayat yang lama

Memberikan operasi berpanjangan tanpa henti dengan penyelenggaraan rendah untuk pengoperasian yang tiada masalah.

 

 

 

 

 

Ciri pengoperasian pintar dan menyeluruh

Nikmati penulenan udara luar biasa tanpa kesukaran dengan ciri-ciri automatik pintar yang menjadikannya penulen udara sempurna untuk setiap kediaman atau pejabat.  

 

 

 

Pengoperasian senyap

Tahap bunyi paling rendah untuk anda tidur atau rehat tanpa gangguan.

 

 

 

 

Jaminan Produk Satu Tahun

Dilindungi Jaminan Produk 1 Tahun yang memberikan anda ketenangan untuk menikmati sepenuhnya ciri-ciri dan faedah termajunya.

 

 

Penggunaan elektrik lebih rendah 

Salah satu daripada penulen udara yang paling ekonomi lagi menjimatkan tenaga.

 

 

 

 

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai BEYOND MICROPLASMA Air Purifier di: http://www.zhulian.com.my/beyond-microplasma-air-purifier

 

 

 

Comments (0)