10 alasan menyihatkan untuk minum kopi
  • 1834
  • 0
  • 0

Kopi yang anda hirup setiap pagi mungkin bukan lagi sekadar minuman perangsang di awal hari.  Aneka bukti saintifik membawa perkabaran baik buat para pencinta minuman kopi.  Di sini terdapat 10 alasan mengapa meneguk kopi adalah jauh lebih menyihatkan daripada apa yang anda sangkakan…

 

 1. Menentang Keradangan

Kopi menunjukkan aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding teh hijau dan koko. Ahli sains telah mengenalpasti lebih daripada 1,000 antioksidan di dalam biji kopi yang dipanggang.  Antioksidan dapat menentang keradangan, penyebab bermacam-macam penyakit kronik, termasuklah arthritis, atherosclerosis dan pelbagai jenis kanser.

 

2. Merangsang ingatan 

Para penyelidik Austria mendapati pusuan aktiviti pada otak yang bertanggungjawab bagi ingatan dan bagi sekumpulan sukarelawan yang mengambil 100 mg kafein.  

 

3. Melindungi daripada kemerosotan kognitif

Kajian Finland menemui pengamalan meminum 3 ke 5 cawan kopi setiap hari di usia pertengahan dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer dan demensia sebanyak 65% di peringkat usia berikutnya. 

 

4. Menggalakkan kesihatan jantung

Kajian Belanda ke atas 37,000 orang sepanjang tempoh 13 tahun mendapati  bahawa peminum kopi pada kadar sederhana (minum antara 2 ke 4 cawan sehari) mempunyai risiko penyakit jantung 20% lebih rendah. 

 

5. Merendahkan risiko menghidap penyakit kencing manis jenis 2

Kajian tahun 2009 mendapati risiko mendapat penyakit kencing manis menurun sebanyak 7% bagi setiap cawan kopi yang diminum sehari.

 

6. Menyekat kanser tertentu

Penyelidikan menemui bahawa meminum kopi secara kerap mungkin menurunkan risiko penyakit prostat, hati, usus, payu dara dan rektum.  Penyelidikan baru daripada Harvard School of Public Health menyatakan wanita yang meminum 4 cawan kopi atau lebih sehari dapat merendahkan risiko kanser endometrium sebanyak 25%.

 

 

7. Meningkatkan kesihatan hati

Kajian Archives of Internal Medicine menunjukkan setiap bilangan cawan kopi yang diminum (sehingga 4 cawan) mungkin menurunkan risiko sirosis sehingga 20%.

 

 

8. Meningkatkan prestasi senaman

Penyelidikan terkini menyarankan pengambilan kopi secara sederhana menolong untuk menentang kelesuan, meningkatkan stamina anda sewaktu bersenam.

 

9. Membendung kemurungan

Banyak kajian mengaitkan meminum kopi dengan penurunan kadar kemurungan bagi lelaki dan wanita.  Adalah diketahui bahawa kafein mengaktifkan pengutus saraf yang mengawal mood. 

 

10. Melindungi daripada gout

Penyelidikan di dalam Nurses’ Health Study menganalisa tabiat kesihatan kira-kira 90,000 jururawat wanita selama lebih 26 tahun dan mendapati ciri-ciri antioksidan kopi berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit gout dengan menurunkan insulin.

 

 

Ada segelintir, seperti ibu mengandung, penderita insomnia atau palpitasi, atau mereka yang mempunyai tahap kesihatan terkompromi dan sebagainya perlu menghadkan atau mengelak pengambilan kopi. Namun bagi yang lain, nikmatilah minuman yang beraroma, lazat dan bermanfaat ini ini. Minuman yang memiliki pelbagai kebaikan ini semakin sarat manfaat dengan campuran herba terpilih seperti yang ditawarkan oleh ZHULIAN. Nikmatilah rangkaian minuman kopi sensasi ZHULIAN di: http://www.zhulian.com.my/coffee

 

 

 

 

Comments (0)