Anda adalah pencorak realiti kehidupan anda sendiri, bukannya hanya menjadi pemerhati pasif yang turut tenggelam dalam situasi kehidupan. Jangan biarkan faktor-faktor luaran menentukan kebahagiaan anda. Kuasai dalaman diri anda dan saksikan sendiri keajaiban yang terhasil.
Keupayaan untuk mencipta realiti bermula dengan keupayaan untuk membayangkan sebuah realiti yang berbeza lantas bertindak merubah sebagaimana dibayangkan.
Seorang Yang Bermimpi atau Benar-benar Melaksanakan: Merapatkan Jurang
Kita selalu mendengar ungkapan "Kejar impian anda." Namun ramai yang hanya dibelenggu oleh angan-angan semata-mata. Ketika ramai yang hanya berimpian tanpa bertindak, ada yang tidak henti-henti melaburkan masa dan usaha bagi merubah impian kepada kenyataan. Mereka yang mempunyai angan-angan hanya membayangkan kemungkinan dan bercakap tanpa kesudahan. Tetapi, mimpi tidak mungkin menjadi nyata tanpa usaha tekun untuk melaksanakannya. Sesungguhnya kerja keras yang mencipta perubahan dan menukarkannya kepada realiti yang nyata.
Semangat dan Motivasi Untuk Kejayaan
Faktor utama bagi mengekalkan tenaga, motivasi dan daya penggerak dalam mengejar impian dan menjadikannya kenyataan adalah semangat. Semangat adalah keinginan dalaman yang membara untuk berjaya dan ia adalah asas bagi kejayaan terbesar dalam perniagaan MLM. Motivasi berperanan sebagai pendorong yang mendesak seseorang untuk terus berusaha dan bekerja dengan gigih. Ia memberikan harapan dan kejelasan apabila keadaan menjadi sukar dan tidak memberangsangkan. Para Usahawan menggunakan motivasi bukan sekadar untuk mendorong usaha mereka sendiri tetapi untuk turut menginspirasi usaha kolektif dalam rangkaian perniagaan mereka, memastikan semua seia sekata mengenai matlamat mereka dan bersepakat ke arahnya.
Mengenalpasti motivasi penting
• Lebih Kebebasan – Perniagaan MLM seperti ZHULIAN memberikan lebih banyak kebebasan dan kelonggaran bagaimana mereka dapat menumbuhkan perniagaan mereka melalui modal permulaan yang rendah.
• Lebih Pendapatan – Walaupun pekerja yang makan gaji menerima gaji ke atas pekerjaan mereka, namun membina perniagaan sendiri di ZHULIAN membentangkan pelbagai kemungkinan yang tanpa batasan. Anda boleh menjana pendapatan yang selari dengan usaha anda.
• Lebih Kepuasan – Sebagai seorang ZBO, kita boleh merubah kehidupan insan kepada yang lebih baik. Anda boleh berkongsi pengalaman produk anda dengan orang lain agar lebih ramai yang dapat merasai manfaat produk-produk ZHULIAN. Anda juga boleh mengesyorkan peluang perniagaan ZHULIAN kepada lebih ramai supaya mereka juga merasai perubahan yang positif dalam kehidupan mereka sepertimana laluan keusahawanan yang anda rasai.
Serlahkan realiti dari dalaman
Kita mencipta realiti kita dari dalam ke luar. Tindakan kita adalah cerminan pemikiran dalaman kita. Persepsi orang lain terhadap kita adalah cerminan tindakan kita. Tindak balas kita terhadap mereka adalah cerminan emosi dan sikap kita. Bermakna pemikiran, kepercayaan dan emosi kita membentuk situasi yang kita alami. Sekiranya kita ingin merubah realiti maka kita perlu merubah penetapan minda terlebih dahulu. Begitulah kuasa tarikan. Pemikiran dan emosi kita membebaskan getaran yang dapat menarik orang, keadaan dan peristiwa yang sepadan dengan mereka.
Pemikiran, kepercayaan dan emosi kita membentuk situasi yang kita alami. Sekiranya kita ingin merubah realiti maka kita perlu merubah penetapan minda terlebih dahulu.
Hukum Tarikan
Hukum Tarikan menyarankan bahawa pemikiran dan emosi kita memancarkan getaran yang dapat menarik semula tenaga yang serupa ke dalam kehidupan kita. Misalnya, apa yang kita fokuskan – sama ada positif atau negatif – tergambar ke dalam realiti kita. Dengan menyelaraskan pemikiran, kepercayaan dan emosi kita dengan kemahuan kita, maka kita dapat membentuk reality kita sepertimana yag kita cita-citakan. Penting untuk mengekalkan penetapan minda yang postitif dan memupuk corak pemikiran yang membina bagi menarik hasil yang kita inginkan.
Maka, untuk mencipta realiti yang anda dambakan, anda perlu bermula dengan anjakan minda. Bermakan anda perlu bertanggungjawab terhadap pemikiran, kepercayaan dan emosi anda. Berikut adalah beberapa tip buat anda:
1. Sentiasa bersyukur: Fokus terhadap perkara-perkara yang anda syukuri. Apabila anda menghargai apa yang anda miliki, anda berupaya menarik lebih lagi.
2. Bayangkan realiti ideal anda: Bayangkan kehidupan yang anda ingin ciptakan. Gunakan segala pancaindera anda untuk menjadikannya jelas dalam fikiran anda.
3. Pantau pemikiran anda: Berikan perhatian terhadap pemikiran dan kepercayaan anda. Adakah mereka menyenangkan atau menahan kehidupan anda? Gantikan pemikiran negatif dengan yang positif.
4. Kelilingi diri anda dengan insan-insan positif: Luangkan masa dengan insan-insan yang menginspirasi dan menaikkan semangat anda. Tenaga positif mereka akan membuatkan anda kekal bermotivasi.
5. Baca mengenai kisah kejayaan atau tonton filem berinspirasi: Terdapat beribu-ribu, malahan berjuta-juta cerita mengenai usahawan yang mencapai kejayaan di dunia nyata. Gunakan cerita-cerita tersebut sebagai sumber motivasi, dan yang paling penting, belajarlah daripadanya.
6. Kekalkan rutin yang sihat: Kesejahteraan fizikal boleh membawa kesan positif terhadap kesihatan mental anda, maka adalah penting untuk anda mengekalkan pemakanan yang sihat, melakukan senaman secara teratur, mendapatkan rehat yang secukupnya serta tidur yang berkualiti.
7. Rancang dan susun rapi kerja anda: Untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan, anda perlu merancang dengan baik berdasarkan senarai tugasan dan matlamat anda sehari-hari. Ini akan membantu anda kekal fokus dan teratur.
8. Bertindak: Terjemahkan aspirasi kepada langkah-langkah yang nyata, merapatkan jurang antara tujuan dan hasilnya.
Kesimpulannya, jangan bazirkan masa dengan merungut tentang keadaan luaran atau individu-individu lain. Sebaliknya, fokuskan tenaga anda untuk memupuk pemikiran yang positif yang selari dengan impian anda. Kekalkan minda yang jelas terhadap alasan-alasan mengapa anda memulakan laluan ini sejak awal. Ingatlah, laluan untuk membentuk reality anda dan mencapai kejayaan, semuanya terletak di tangan anda. Kekalkan minda yang positif serta yakini keupayaan diri, maka anda pasti beupaya menyerlahkan potensi diri lantas menukar mimpi kepada realiti.