Sains Di Sebalik PENJUALAN BERKESAN
  • 1575
  • 0
  • 0

Apabila anda menjual sesuatu produk, anda perlu meletakkan diri anda sebagai pakar yang boleh dipercayai. Tetapkan matlamat anda sebelum anda mulai menjual. Dan sekiranya anda rasa yakin dan berpengetahuan mendalam mengenai produk, maka kadar kejayaan melaksanakan jualan adalah lebih tinggi.

 

SEPULUH kunci mudah berikut akan membantu anda memperolehi kepercayaan prospek bagi mencapai matlamat jualan anda.



1. Ketahui produk anda
Mengapa prospek anda perlu membeli produk anda?  Jika anda tidak pasti apakah nilai yang ditawarkan oleh produk anda dan apakah ciri-ciri utamanya, sukar untuk anda meyakinkan prospek anda.  Berbanding dahulu, prospek kini mempunyai akses terhadap pelbagai maklumat, lantas mereka tidak mudah diperdaya.  Bagi mendapatkan kepercayaan dan juga menambah nilai kepada kehidupan mereka, anda perlu benar-benar tahu produk anda dan mengapa ia memberikan nilai kepada prospek anda.

 

2. Jangan berfikir seperti seorang jurujual
Jangan tergesa-gesa memancing prospek kepada produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.  Sebaliknya, bersabar dan dengar dengan teliti.  Jadilah pendengar yang baik sebelum anda mula bercakap mengenai produk.  Berusahalah untuk mengenalpasti sama ada prospek anda adalah sesuai mahupun tidak.  Fahami keperluan prospek anda sebelum menyarankan sebarang produk kepadanya.

 

3. Bantu untuk mengatasi kesengsaraan atau masalah Prospek
Matlamat utama anda bukanlah untuk melaksanakan jualan, tetapi lebih kepada menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.  Tiru gaya seperti seorang doktor dan berusaha memahami kekecewaan mendalam prospek anda sebelum anda menawarkan ‘ubat’ kepadanya.  Galakkan mereka untuk bercakap dan mendedahkan masalah mereka kepada anda, agar anda lebih memahami lalu menemukan penyelesaian buat mereka.  

 

4. Bina hubungan baik dengan Prospek dan Pelanggan
Anda perlu melaburkan usaha untuk melibatkan dan membina hubungan baik bersama prospek atau pelanggan yang anda sasarkan.  Ambil masa untuk belajar mengenai tingkah laku dan ciri-ciri membeli serta bagaimana tawaran anda mampu melenyapkan masalah mereka.  Anda boleh bertanyakan soalan-soalan yang bermakna pada perjumpaan awal bersama prospek bagi membina perhubungan yang bermakna.

 

5. Jujur dan jangan membuat dakwaan berlebihan
Jujur dan realistik.  Utamakan etika yang baik untuk berjaya di dalam perniagaan MLM.  Janganlah menjanjikan bulan dan bintang.  Jangan menjanjikan ciri-ciri yang tidak wujud, harga yang tidak masuk akal, atau perkhidmatan yang tidak mampu diberikan.  Janji-janji tersebut mungkin membuka peluang jualan buat anda, namun mereka tidak akan kekal sebagai pelanggan setia dan akhirnya anda akan hanya memperolehi ulasan buruk dan menjadi buah mulut orang.  

 

6. Berkongsi testimoni
Anda harus mendapat perhatian prospek anda dengan berkongsi beberapa maklumat di awal perbualan.  Ceritakan pengalaman atau testimoni peribadi anda yang akan memberikan nilai, atau memberikan sesuatu yang mereka boleh fahami dan mereka dapat hubungkaitkan untuk perbincangan lanjut. 

 

7. Tahu bila harus berlalu pergi
Sekiranya seorang prospek tidak mempunyai keperluan terhadap produk anda dan beliau tidak berminat dengan tawaran anda, kemungkinan ia sememangnya bukan ‘jodoh’ anda.  Apabila ini terjadi, anda harus bersedia untuk pergi dan tidak berpatah balik agar anda dapat meluangkan masa bersama prospek-prospek lain.  Pelanggan akan lebih menghormati dan mempercayai anda apabila mereka menyedari anda tidak cuba menyogokkan mereka dengan produk yang tidak mereka perlukan.

 

8. Jadi profesional dan yakin
Anda harus bertindak sepertimana seorang yang berjaya dan berkeyakinan, agar prospek percaya anda tidak bergantung kepada mereka.  Sebaliknya, anda hanya bertemu mereka kerana anda percaya tawaran anda akan hanya membantu mereka.  Seorang prospek akan lebih mempercayai anda sekiranya anda seorang yang tenang, berkeyakinan dan tidak mendesak. 

 

 

9. Majukan kumpulan anda
Sesungguhnya jualan adalah usaha berkumpulan.  Anda tidak sekali-kali dapat melakukannya bersendirian.  Bantulah ahli rangkaian anda dan ketahuilah bila untuk memndapatkan bantuan – kunci bagi kerjaya jualan yang berkekalan dan bermakna.  Bekerjasama pasti membantu anda memperolehi ganjaran berlipat ganda.

 

10. Fleksibel dan sesuaikan diri
Perniagaan Berbilang Tingkat (MLM) adalah sebuah perniagaan yang sangat kompetitif dan berfokuskan manusia.  Oleh itu, seorang usahawan perlu berupaya menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.  Sama ada menjangkakan bantahan atau persoalan daripada prospek anda atau kesanggupan untuk menyesuaikan diri dengan pantas terhadap strategi atau teknik baru seperti beralih antara ‘offline’ dan ‘online’ ketika mana apa yang anda lakukan tidak lagi berhasil, kefleksibelan merupakan sifat utama kejayaan.

Kesimpulannya, seorang usahawan berjaya perlu sentiasa mengekalkan sikap yang positif dan sentiasa rela melakukan apa jua.  Jika anda percaya bahawa anda tidak mampu menjual, maka anda tidak akan dapat menjual.  Sikap positif akan menjanakan keyakinan dan semangat kesungguhan.  Jika anda memiliki kesungguhan terhadap produk dan manfaat yang ditawarkan, besar kemungkinan prospek anda akan turut berkongsi semangat yang sama, dan prospek yang bersemangat adalah seorang yang lebih mudah didekati, lebih mudah untuk berbual dengannya dan semestinya memudahkan untuk anda melaksanakan jualan.

Comments (0)