Kini dengan Koleksi Sara Nisa yang direka eksklusif oleh ZHULIAN, anda berupaya merubah sehelai hijab biasa menjadi lawa, anggun atau ranggi!
Koleksi menawan ini bercirikan 3 pasang rekaan anting-anting trendy dan 2 kerongsang besar bergaya yang ditatahi cubic zirconia bergemerlapan. Bukan seperti anting-anting biasa yang digayakan di cuping telinga, anting-anting hijab ini digayakan dengan menyematnya di atas hijab anda. Anting-anting bergantungan ini pasti merubah penampilan anda dengan mudah secara bergaya. Kerongsang-kerongsang yang memukau, satu berhias mutiara hitam sintetik dan satu lagi dengan cubic zirconia hijau…kedua-duanya ditampilkan mewah mengagumkan! Singgahlah ke Agensi Bertauliah ZHULIAN berhampiran dan anda pasti kagum melihat kecantikan Koleksi Sara Nisa!
Klik e-katalog untuk lihat lagi.