“Makan lebih serat” ~ Pasti anda sering mendengarnya. Tetapi adakah anda pernah terfikir mengapa serat bagus untuk kesihatan anda? Serat makanan terkenal kerana keupayaannya menggalakkan kesihatan gastrousus, merendahkan risiko penyakit jantung, kencing manis dan beberapa jenis kanser, selain mencegah atau melegakan sembelit serta mengekalkan berat badan yang sihat!
Apakah Serat Makanan
Serat makanan adalah sejenis karbohidrat tidak dapat dicerna yang terkandung di dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijian, kekacang, dll. Tidak seperti komponen makanan lain yang dicernakan oleh tubuh anda, serat makanan bergerak melalui perut, usus kecil dan usus besar seakan tidak terjejas dan keluar daripada tubuh anda. Ia adalah sejenis karbohidrat yang menolong sistem pencernaan kekal sihat. Terdapat tiga kumpulan serat dengan fungsi dan manfaat kesihatan berbeza.
- Serat larut seperti namanya, ia mudah larut di dalam air, diuraikan dan difermentasikan oleh bakteria usus besar; menjadikan tinja lebih lembut dan lebih mudah dibuang. Pengambilan serat larut dapat membantu untuk mengurangkan kolesterol darah.
- Serat tidak larut yang tidak larut di dalam air, tidak difermentasikan atau diuraikan oleh bakteria usus besar tetapi menyimpan banyak air di dalam usus besar bagi pembentukan tinja yang lebih besar, lebih lembut dan menjadikannya bergerak lebih pantas di dalam saluran pencernaan, yang baik untuk perut dan dapat menolong bagi mencegah sembelit.
- Kanji kebal yang terdiri daripada serat jenis ketiga menyediakan manfaat seperti serat larut dan tidak larut.
Minuman Serat Berfungsi Berkesan dengan Segala Kebaikan Serat Makanan!
Persatuan Pemakanan Amerika Syarikat (American Dietetic Association – ADA) mengesyorkan agar anda mendapatkan serat makanan sebanyak 25 g – 38 g melalui pemakanan seharian anda. Namun, secara purata, pengambilan serat oleh golongan dewasa hanyalah sebahagian daripada jumlah saranan ini. Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan untuk mencapai jumlah tersebut? Kini anda dapat memenuhi kekurangan tersebut dengan pengambilan Iso.5 yang membekalkan 6 g serat dalam setiap sacet.
Iso.5 yang mengandungi pelbagai ramuan serat makanan seperti sekam psyllium, inulin, serat gandum dan jagung, serat oat, serbuk sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber baik bagi serat larut dan serat tidak larut serta serat kebal yang membantu untuk mencapai pengambilan serat yang disyorkan. Ia juga telah diperkayakan dengan bakteria baik dan enzim pencernaan tumbuh-tumbuhan hidup yang dapat mengekalkan kesihatan sistem pencernaan dan usus anda secara menyeluruh. Beta karotenanya adalah sumber bagi vitamin A – baik bagi kesihatan penglihatan serta antioksidan yang menolong untuk menguatkan imun.