TIDUR MENDALAM PENTING UNTUK KEREHATAN SEPENUHNYA, KECANTIKAN MENAWAN DAN KESIHATAN YANG BAIK
  • 2845
  • 0
  • 0

Berada di abad ke-21 ini, ramai orang semakin peka terhadap kesihatan berbanding sebelumnya. Mereka mengambil makanan menyihatkan, bersenam dan mengurangkan berat tubuh. Namun, dalam perihal tidur, kebanyakan orang cenderung untuk terlepas pandang kepada fakta bahawa tidur adalah amat penting bagi kesihatan yang baik buat mereka…

 

 

TIDUR MENJADI KEMEWAHAN

Tidur – satu rutin dan aktiviti yang tidak dapat dielakkan bagi kita semua, telah menjadi satu kemewahan yang luar biasa. Sesuatu yang dahulunya menjadi tradisi di waktu malam telah menjadi sebahagian daripada rutin harian kita. Ramai di antara kita memahami perasaan sebegini – kesukaran tidur, kekerapan tidur lewat malam tetapi bangun awal pagi. Akibatnya, kita tidak sahaja rasa letih, tetapi kita juga kelihatan lesu! Tidak syak lagi, kekurangan tidur yang baik akan membawa pelbagai implikasi negatif. Berikut adalah sebahagian darinya:

 

JIKA ANDA CEPAT KELETIHAN DI SIANG HARI ATAU ANDA MEMPUNYAI SIMPTOM-SIMPTOM BERIKUT, KEMUNGKINAN ANDA ADALAH MANGSA KEKURANGAN TIDUR:

• Mudah rasa jengkel, perengus dan resah pada waktu siang

• Kurang peka dan sukar memberikan tumpuan

• Meningkatkan kecemerkapan

• Mudah tertekan atau mempunyai mood yang berubah-ubah

• Mungkin menjurus kepada depresi

• Kulit wajah akan kelihatan kusam dengan kehadiran garisan halus, ruam dan lingkaran hitam di sekeliling mata

• Keimunan mungkin menjadi lemah

 

 

TAHUKAH ANDA

  • Tidur adalah proses dinamik dengan tiga kitaran yang berbeza dan penting – tidur ringan, tidur mendalam dan tidur REM (Rapid Eye Movement ~ Pergerakan Mata Laju).

  • Tidur REM yang dikaitkan dengan mimpi, terjadi apabila bola mata bergerak ke depan dan ke belakang dengan pantas. Ia biasanya bermula antara 70 ke 90 minit selepas kita tidur. Untuk mencapai kerehatan optimum minda, kita seharusnya mendapat 25% tidur REM setiap malam kerana tidur REM tidak seperti tidur bukan REM yang merehatkan.

  • Lebih perlahan pola gelombang otak, lebih mendalam tidur tersebut – orang yang tidur nyenyak dengan gelombang delta paling sukar untuk bangun tidur. Tidur mendalam amat penting bagi kesihatan.

  • Semasa tidur mendalam, penghasilan kolagen dipercepatkan dan aktiviti pembaharuan kulit berlaku ( ~ pukul 1-2 pagi), lalu ia membantu mengekalkan seri kulit dan ketegapan tubuh.

  • Kekurangan tidur mungkin merosakkan hati dan organ dalaman anda yang lain kerana proses penyahtoksikan di hati berlaku sekitar 11pm -1am dalam keadaan tidur mendalam, sementara penyahtoksikan di hempedu berlaku sekitar 1am – 3am, manakala penyahtoksikan di paru-paru berlaku sekitar 3am - 5am. Oleh itu kadang kala akan berlaku batuk yang teruk terhadap mereka yang sedang mengalami batuk.

 

 

MENGAPAKAH TIDUR MENDALAM YANG BAIK ADALAH PENTING?

Tidur mendalam adalah penawar kecergasan utama dan ianya penting untuk setiap peringkat usia. Tidur mendalam mencetuskan pengeluaran Human Growth Hormone (HGH, Hormon Pertumbuhan Manusia) untuk memperbaiki otot dan tisu-tisu lain, menggantikan sel yang menua atau mati, dll. Oleh yang demikian, tidur memainkan peranan penting untuk pertumbuhan dan kesihatan yang baik bagi kanak-kanak kerana HGH dan bahan kimia imun dirembeskan semasa tidur. Bermakna, kanak-kanak yang kekurangan tidur lebih rentan kepada penyakit dan pertumbuhan mereka boleh terjejas.

 

 

Selain itu, tidur adalah penting bagi golongan dewasa demi kesejahteraan, mengoptimumkan kesihatan, menstabilkan emosi dan kecantikan kerana tidur mendalam juga merupakan satu cara untuk mengecas semula otak dan memberikan isyarat kepada tubuh agar berehat dan relaks. Pertahanan tubuh diperkukuhkan, penentang jangkitan dibentuk dan kekuatan dikekalkan bagi menentang penceroboh yang tidak diingini semasa tidur mendalam, maka sebab itulah berehat dengan baik disarankan semasa mengalami selesema. Tidur mendalam juga menyumbang kepada kecekapan kerja kerana ia membantu mengekalkan tahap kemahiran kognitif yang normal seperti percakapan, memori, inovatif dan pemikiran flaksibel.

 

 

Sokong kerehatan dan kecantikan dari dalam ke luar dengan B’YOUNG ADVANCED FUNCTIONAL BEVERAGE dan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3

B’YOUNG (Malam) diformulasi khas dengan pelopor melatonin yang terdiri daripada kira-kira 60 ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menggalakkan pengeluaran sejenis hormon yang dikenali sebagai melatonin yang telah ditunjukkan menggalakkan tidur mendalam dan untuk mencapai kerehatan optimum.

ISO.3  diformulasikan untuk membekalkan ramuan penyubur kulit seperti kolagen marin terhidrolisis dan ekstrak acerola dengan vitamin C semula jadi. Kolagen marin terhidrolisis diketahui memberikan kebaikan lembapan terbaik kepada kulit sementara ekstrak acerola adalah salah satu sumber semula jadi vitamin C yang tertinggi.

Kombinasi kedua-dua produk ini akan membantu mencapai tidur mendalam berkualiti tinggi dan seterusnya membolehkan kerehatan minda dan tubuh serta pengekalan kecantikan kulit dari dalam ke luar.

Comments (0)