Mengapakah Peluntur Oksigen Pilihan Yang Lebih Baik?
  • 1721
  • 1
  • 0

 

Apa Itu Peluntur Oksigen?

  • Peluntur oksigen adalah rujukan biasa bagi natrium perkarbonat, satu sebatian kristal soda dan hidrogen peroksida.
  • Serbuk peluntur oksigen dianggap sebagai mesra alam sekitar memandangkan satu-satunya hasil sampingannya adalah serbuk soda ~ sejenis sebatian tidak toksik.
  • Apabila peluntur oksigen terkena air, tindakbalas kimia berlaku dan sebatian akan membebaskan oksigen.
  • Peluntur oksigen seringkali digunakan bagi menanggalkan kesan kotoran, kerana buih oksigen menolong untuk menguraikan kotoran, bau dan kuman.

 

Mengapa PELUNTUR OKSIGEN adalah pilihan lebih baik?

Kedua-dua peluntur ini bertindak dengan mengoksidakan kesan kotoran dan mikrob, membolehkannya diurai dan diangkat daripada fabrik dan permukaan yang dicuci. Kedua-duanya memiliki kuasa pemutihan dan penanggal kesan kotoran yang hebat pada fabrik putih serta mempunyai kualiti anti-mikrob yang menjadikannya bagus sebagai penyahjangkit pada pakaian dan permukaan yang dicuci. Namun, kedua-duanya ada perbezaannya. Mari kita bandingkan antara PELUNTUR OKSIGEN dan PELUNTUR KLORIN:

  

PELUNTUR OKSIGEN

  • Formulasi semula jadi ~ mesra-alam.
  • Tiada bau.
  • Kurang melelas pada fabrik.
  • Lebih lembut pada kulit.
  • Selamat pada warna.
  • Selamat digunakan pada kebanyakan jenis fabrik (kecuali sebilangan fabrik yang sangat lembut seperti sutera dan bulu bebiri).
  • Keberkesanannya lebih stabil.
  • Selamat dicampur dengan air.
  • Boleh dicampurkan ke dalam serbuk pencuci lain bagi meningkatkan kuasa cucian.
  • Selamat pada alam sekitar.
  • Boleh juga digunakan ke atas pelbagai bahan lain seperti plastik hingga kayu. Ia seringkali digunakan bagi tugas-tugas pembersihan di rumah – menyahjangkit peralatan, mencuci tong sampah dan pengalas tidur haiwan peliharaan.

 

PELUNTUR KLORIN

  • Sangat menghakis dan bertoksik.
  • Bau yang tengik.
  • Melelas pada fabrik ~ merosakkan fabrik.
  • Merosakkan kulit.
  • Mungkin menyebabkan warna luntur.
  • Hanya selamat pada fabrik yang berketegangan tinggi.
  • Keberkesanannya berkurangan apabila semakin lama disimpan.
  • Apabila dicampur air, bahan organik di dalam air mungkin menghasilkan gas klorofom.
  • Tidak boleh digunakan bersama bahan pencuci lain seperti amonia, kerana ia mungkin membebaskan gas klorin bertoksik yang bahaya.
  • Meninggalkan kesan negatif pada alam sekitar.
  • TIDAK BOLEH digunakan pada plastik dan kayu kerana sifatnya yang sangat menghakis.

 

 

 

 

Diperkenalkan…

SERBUK PELUNTUR ULTRA WHITE XTRA WASH

MENCERAHKAN dan MEMUTIHKAN 

 

Ciri-ciri hebatnya termasuk:

  • Menanggalkan kotoran degil
  • Pakaian putih & berwarna lebih menyerlah
  • Membunuh bakteria & menentang kuman
  • Selamat & mesra-alam

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments (0)