ZHULIAN Industries Sdn Bhd telah dianugerahkan THE ASIA HALAL BRAND AWARDS 2019 (HERITAGE BRAND) bagi kategori "BEST INNOVATION BEVERAGES & NUTRITIONAL SUPPLEMENT" sebagai tanda pengiktirafan terhadap reputasi cemerlang jenama HALAL ZHULIAN! Anugerah ini telah disampaikan semasa The Asia Halal Brand Awards 2019 Gala Night berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada 6hb Disember 2019 lalu.
THE ASIA HALAL BRAND AWARDS merupakan anugerah terkemuka bagi mengiktiraf dan mempromosikan jenama-jenama Halal utama di Asia. Memenangi THE ASIA HALAL BRAND AWARDS 2019 - HERITAGE BRAND dengan pembangunan dan pengeluaran inovasi minuman segera dan suplemen kesihatan yang disahkan halal di premis kilang sendiri adalah bukti nyata bahawasanya ZHULIAN memiliki kedudukan jenama yang mampan dengan prestasi perniagaan yang terbukti di dalam pasaran produk makanan Halal di rantau ini! Together we will achieve more!