Kami amat teruja mengumumkan bahawa ZHULIAN JEWELLERY MANUFACTURING SDN. BHD. (ZJMSB) secara rasminya telah mendapat tempat di dalam The Malaysia Book of Records sebagai ‘Pengilang Barangan Kemas Kostum Tertua’ di Malaysia. Pengiktirafan ini telah disampaikan kepada En. Danny Teoh, CEO ZHULIAN semasa berlangsungnya Konvensyen Perdana di HQ ZHULIAN hari ini!
Dengan sejarah yang membanggakan sejak penubuhannya di tahun 1989, ZJMSB senantiasa mempertahankan tradisinya untuk menghasilkan barangan kemas fesyen berkualiti tinggi yang indah bagi mewarnai kehidupan ramai insan. Mendukung moto kami 'Keanggunan Buat Semua, Kemewahan Setiap Masa', setiap satu barangan kemas menakjubkan kami telah merias ramai individu yang mahukan perhiasan unik dan anggun pada harga yang mampu milik, menjadikan ZHULIAN jenama yang disayangi lagi popular yang sinonim dengan kemewahan yang mampu dimiliki dan menawarkan nilai yang berbaloi.
Menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengilang Barangan Kemas Kostum Tertua adalah satu peristiwa penting yang ZHULIAN raikan penuh kebanggaan. Penganugerahan ini mengukuhkan lagi dedikasi kami sebagai perintis industri ini terhadap pengekalan kesenian dan kepakaran penghasilan barangan kemas. Tanda aras menakjubkan ini adalah bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi terhadap seni penghasilan barangan kemas dan legasi kami yang bertahan lama.